Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Mei 2010

Analisa : Adakah kemelut Istana Kelantan hampir penghujungnya?


KOTA BAHARU, 11 Mei — Apabila gambar Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra tersiar pada muka hadapan beberapa akhbar utama semalam, ada penduduk Kelantan yang berkata “kesian sultan ambo, bilo nak abis ni.”
Rasa simpati dan terkejut itu timbul apabila mereka melihat keadaan fizikal baginda ketika hendak dibawa pulang ke Istana Mahkota dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian setelah menjalani rawatan susulan masalah jantung dan pemeriksaan status kesihatan baginda oleh panel 10 pakar yang dilantik oleh kerajaan.
Bukan setakat gambar raja mereka itu, yang diusung dengan kerusi roda khas, yang menyentuh perasaan rakyat Kelantan tetapi yang terus bermain di fikiran mereka ialah kemelut yang sedang melanda Istana Kelantan.
Isu itu mula menarik perhatian umum apabila Tuanku Ismail Petra dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac lepas setelah menjalani rawatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth di Singapura sejak Mei tahun lepas.
Semasa ketiadaannya, anakanda sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra, dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri sebagai Pemangku Raja, namun rakyat mulai terhidu bahawa ada yang tidak kena dalam keluarga diraja kerana melihat seolah-olah terdapat dua pihak yang menguasai Istana Kelantan.

Khalid Pandang Berat Isu Rasuah

SHAH ALAM 11 Mei - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berhubung dakwaan wujudnya rasuah di kalangan pegawai atasan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd kata Setiausaha Politiknya Nik Nazmi Ahmad.
Menurut Setiausaha Politik MB, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pertemuan tersebut akan membolehkan Manikavasagam membuat aduan secara rasmi berhubung dakwaan tersebut.
"Kerajaan negeri akan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam memastikan syarikat berkenaan bebas dari rasuah.

Liwat 2 : Laporan Penuh Perbicaraan DS Anwar( 11/5/2010 )






KUALA LUMPUR 11 Mei -Prosiding kes fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bersambung pagi ini selepas ditangguhkan semalam selepas peguam bela Karpal Singh memohon penangguhan untuk membuat penghujahan bagi mendapatkan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan pada pagi ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

9.15 Pagi - Saiful memberikan keterangan bahawa semua kenyataannya telah direkodkan oleh pegawai polis Jude Pereira semenjak 29 Jun 2008

9.15 Pagi - Saiful keluar daripada kandang saksi selepas Karpal memohon untuk mendapatkan keterangan yang telah dibuat kepada polis

9.29 Pagi - Karpal mempertikaikan kenyataan Saiful kerana menurutnya kenyataan yang dibuat di mahkamah berbeza dengan kenyataan yang dibuat kepada polis.

Menurut Karpal, Keterangan Saiful kepada polis adalah "tanpa kerelaan" yang mana kesalahan tersebut di bawah seksyen 377(B) kanun acara jenayah.

Dalam hujahnya, Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

9.33 Pagi - Karpal mahukan keterangan tersebut dibawa ke dalam mahkamah untuk siasatan lanjut.

9.54 Pagi - Hakim Mohd Zabidin Md Diah meminta tempoh sama ada untuk memberikan kenyataan saksi Saiful

Mahkamah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan sehingga esok pagi

Semalam, prosiding soal balas Saiful ditangguhkan selepas tiga jam apabila pihak pembelaan telah dinafikan dengan senarai saksi.

Hari ini, prosiding tamat dalam masa tidak sampai satu jam apabila Karpal mempertikaikan tuduhan yang dikenakan terhadap Anwar samada "tanpa kerelaan" atau sebaliknya.

Karpal turut meragui kenyataan Saiful yang bercanggah dan tidak konsisten di dalam mahkamah dan keterangannya kepada polis.

Zabidin menangguhkan perbicaraan sehingga esok pagi bagi membuat keputusan sama ada keterangan Saiful itu boleh dirujuk ke mahkamah.SK

Presiden PAS ke mahkamah beri sokongan moral untuk Anwar



KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.

Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.

Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat. (gambar)

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara.

Ketika mengulas lawatannya hari ini, Abdul Hadi berkata berharap perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan tanpa gangguan politik.

"Di dalam Islam ada pemisahan, di mana politik tidak boleh ganggu sistem kehakiman dan perjalannya."Kerana kes ini sedang berjalan, kita lihat apa keputusannya nanti.

"Tetapi saya suka mengingatkan supaya proses keadilan khususnya kepada orang Islam dilaksanakan dengan sikap takwa, iaitu takut kepada Allah dan bukan takut kepada manusia," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, perbicaraan pagi ini melibatkan penghujahan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Karpal pagi ini mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan berbohong mengenai kenyataannya bahawa dia diliwat tanpa kerelaannya.

Karpal juga berkata cara rekaan kes ini cacat kerana menurut beliau, Anwar sepatutnya didakwa mengikut seksyen 377c iaitu mengadakan hubungan seks luar tabii secara paksa ke atas Saiful bukannya seksyen 337b iaitu melakukan hubungan seks luar tabii secara rela.

Ini berikutan dari keterangan Saiful dalam perbicaraan ini, dia dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii itu.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaimanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaannya,” kata Karpal.Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.Mahkamah ditangguhkan jam 9 pagi esok.

Semalam, Karpal telah mengemukakan laporan pemeriksaan yang dibuat oleh Dr Mohd Osman dari Pusarawi dan laporan sekumpulan doktor Hospital Kuala Luimpur. Kedua-dua laporan itu menunjukkan tidak ada sebarang kemasukan objek baru ke dalam anus Saiful.

"Pemeriksaan dubur di bahagian luar tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru," tulis laporan doktor dari HKL itu yang dibacakan Karpal kepada Siful.Hrkh

Transkrip Penuh Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim


Berikut ialah Transkrip perbicaraan Fitnah Kali Ke Dua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (soal balas hari pertama) semalam.

Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)
Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....