Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 11 April 2012
Hutang PTPTN hanya RM24.7 bilion bukan RM43 bilion
KUALA LUMPUR 11 April: Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
kononnya kerajaan akan menanggung RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, adalah satu
pembohongan besar, kata Pengarah Starategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.
Menurut beliau, jumlah pinjaman yang dibayar kepada peminjam sehingga
2011 adalah RM27.5 bilion, manakala jumlah pinjaman yang dikutip
sehingga 31 Disember 2010 sebanyak RM2.2 bilion dan anggaran yang
dikutip pada 2011 adalah RM0.6 bilion.
“Setelah ditolak RM27.5 bilion dengan RM2.2 bilion dan RM0.6 bilion
bermakna jumlah hutang yang ditanggung kerajaan hanya RM24.7 bilion dan
bukan RM43 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada program Runding
Cara: PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi di Shah Alam,
semalam.
Pada 7 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Perdana Menteri
berkata kerajaan akan menanggung RM43 bilion jika pinjaman PTPTN
dimansuhkan.Najib mendakwa sekiranya PTPTN dimansuhkan ia akan menjadi beban kepada kerajaan.
Selain itu beliau mendakwa salah satu negara yang memberi pendidikan
percuma adalah Norway tetapi negara itu mengenakan cukai yang tinggi
kepada rakyatnya.
Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, walaupun negara luar mengenakan
cukai yang tinggi kepada rakyatnya, mereka tidak perlu membayar banyak
cukai tidak seperti di Malaysia yang mengenakan pelbagai cukai dalam
‘diam’.
“Sebagai contoh saya pernah tinggal di United Kingdom dan memang di
sana cukai agak tinggi. Cukai dikenakan adalah 40 peratus ditambah
dengan 10 peratus insuran nasional, tapi apa bezanya, pertama tidak ada
satu perkhidmatan yang perlu saya bayar, tidak ada tol, tiada cukai
perkhidmatan dan segala-galanya percuma.
“Walaupun cukai ditolak awal-awal daripada pendapatan, baki
pendapatan yang kita ada itu kita masih boleh mmebeli kereta BMW, cukup
untuk kita tinggal di kondominium. Sebab itu tidak timbul isu cukai yang
tinggi.
“Apa bezanya dengan kita, kebanyakan kita tidak membayar cukai…
tetapi kita dikenakan cukai tol, cukai kereta yang tinggi di dunia.
Tidak ada negara yang cukai kereta 100 peratus… ubat di hospital
kerajaan pun kena cukai,” katanya.Keadilandaily
Ku Li Dan Bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Sokong Bersih 3.0
KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.
“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.
“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.
Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.
Bekas veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang.
Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut.
Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut.
Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan.
Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0.
“Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0,” ujarnya.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).Hrkh
MB Terengganu Dipelawa Belajar Di Pasti
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri
Terengganu mempelawa Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said
untuk ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PAS) bagi mendapat maklumat
sebenarnya pusat pendidikan Pra-Sekolah anjuran PAS itu.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Zaidan Abdullah berkata selaku ketua kerajaan dan juga Pengerusi Perhubungan Umno, Ahmad Said sepatutnya tahu membezakan diantaraprogram kerajaan dan program parti.
“PASTI adalah program parti PAS ia bukan program kerajaan, yang dijanjikan PAS dalam manifesto untuk melupuskan pinjaman PTPTN dan pinjaman Yayasan Terengganu itu adalah program kerajaaan,”jelasnya.
Zaidan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad yang ‘kononnya’ mencabar PAS agar melupuskan yuran PASTI terlebih dahulu sebelum berjanji melupuskan pinjaman pelajaran terbabit.
Beliau menempelak ADUN Kijal itu yang bercakap dengan tidak mempunyai maklumat dan fakta yang tepat umpama ‘orang tak betul’.
Katanya, tidak ada program PASTI di negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebagaimana yang disebut oleh Ahmad dalam kenyataanya.
“ADUN Kijal itu kena check betul-betul sebelum bercakap, jangan jadi ‘orang tak betul’, tidak ada PASTI di seluruh negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebulan, itu fakta yang salah,”tegasnya.
Justeru, beliau meminta Ahmad Said membetulkan kenyataan tersebut kerana ia hanya akan memalukan status Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Secara sinis, Zaidan berkata, sekiranya Ahmad Said mahu memasuki PASTI, Dewan Pemuda yang bertanggungjawab sanggup memberikan yuran percuma kepada beliau, sekiranya Ahmad mahu.
PRU 13 : Exco Kelantan Bertanding Kerusi Parlimen ???
KOTA BHARU - Di sebalik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang, ura-ura mengaitkan beberapa Exco Kerajaan Negeri akan bertukar kerusi dari Dewan Undangan Negeri (Dun) ke Parlimen semakin jelas kedengaran.
Malah, dikatakan exco berkenaan mula mempersiapkan diri, melakukan kerja-kerja parti lebih awal dengan menjelajah daerah yang bakal ditandinginya, untuk menguatkan sokongan sekiranya pimpinan Pusat mengesahkan pencalonan beliau.
Pemindahan kerusi ini dikaitkan dengan percaturan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13.
Mengulas isu tersebut, bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun( gambar ) tidak menolak kemungkinan beberapa exco akan beralih kerusi ke parlimen dengan tujuan untuk memantapkan parti secara keseluruhan.
Menurutnya, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkang Pas Kelantan sebelum ini pernah melakukan perubahan dengan menukar exco ke peringkat pusat.
“Oleh itu, sekiranya pertukaran ini berlaku, ia tidak mustahil, namun saya tidak tahu siapa dia, tetapi jika ada sekalipun, perubahan saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon boleh berlaku sekiranya Pas merasakan ia perlu dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Ketika ini Kerajaan Pas Kelantan mempunyai sembilan exco yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala timbalannya Datuk Ahmad Yakob.
Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa dan Pengerusi Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah Datuk Ahmad Yakob masing-masing mempunyai jawatan di peringkat Pas Pusat.
Untuk rekod, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ditukarkan ke peringkat parlimen dan bertanding di Pengkalan Chepa.
Dalam pada itu Abd Fatah yang juga timbalan exco Kerajaan Negeri mengakui tidak semua hal ehwal dalaman parti boleh didedahkan kepada masyarakat walaupun ahlinya sendiri.
“Dalam isu ini, tidak semua perkara kita boleh sebut, ada yang begitu sensitif yang melibtkan strategi untuk menawan hati rakyat, oleh itu ahli Pas harus memahami pekara ini,” katanya.SH

Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009