Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 9 Mei 2010

Gambar Terkini Sultan Kelantan, Dibawa Pulang Ke Istana Mahkota

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dibawa pulang ke Istana Mahkota di sini hari ini setelah lima hari menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Kepulangan baginda turut diiringi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan anakanda baginda Tengku Amalin A'ishah Puteri. - Foto BERNAMA
KOTA BARU: Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda hari ini dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Baginda dibawa menaiki kenderaan rasmi Istana Kelantan meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5 petang.Turut mengiringi baginda, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Sebelum itu, Tuanku Ismail dibawa turun dari Wad Diraja di tingkat lapan HUSM dengan menaiki kerusi roda.
Baginda yang kelihatan tenang dibantu oleh pegawai perubatan menaiki kenderaan rasmi istana.
Turut berada di perkarangan HUSM bagi menguruskan keberangkatan pulangbaginda ialah Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Dr Amir Ramli.

Pakatan Rakyat Lancar Agenda "Sibu, Jom Ubah"

SIBU 9 Mei - Pakatan Rakyat yang memasuki hari kedua kempen pilihan raya kecil Sibu melancarkan manifesto yang akan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu dan program yang bakal dilaksanakan begi memenhi kebajikan dan pembangunan penduduk Sibu.
Manifesto yang bertemkan 'Sibu, Jom Ubah' melakarkan agenda yang bakal dilaksanakan oleh calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng sekiranya beliau dipilih mewakili rakyat Sibu di Parlimen 16 Mei depan.
"Saya hari ini melancarkan menifesto ataupun agenda pada PRK kali ini, temanya adalah amat bertepatan dengan kehendak rakyat sekarang.
"Pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah lebih tiga puluh tahun dan sekarang sudah tiba masanya untuk kita mengambil alih mandat daripada Taib dan keluarganya serta kita mulakan era baru reformasi dan pemulihan semula.
"DAP dan Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebik baik, rekod pemerintahan Taib dan Barisan Nasional menunjukkan pentadbiran yang buruk. Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kesukaran.

Kemelut Istana Kelantan : 2 kekanda Sultan Kelantan pertahan tindakan Pemangku Raja

Tengku Datuk Rozan (kiri) bersama Tengku Salwani pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Dua kekanda Sultan Kelantan dalam kenyataan terbuka yang pertama, mempertahankan tindakan Pemangku Raja Kelantan menghantar baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan susulan sejak Selasa lalu.
Tengku Datuk Rozan Sultan Yahya Petra dan Tengku Datuk Salwani, yang muncul pada sidang media sehari sebelum Mahkamah Khas bakal mendengar permohonan habeas corpus difailkan Tengku Temonggong, juga mahu krisis Istana Kelantan diselesaikan dalam semangat kekeluargaan.
Tengku Rozan dan Tengku Salwani masing-masing merupakan kekanda kedua dan ketiga Sultan Kelantan.
“Saya dan adinda saya Tengku Salwani merasa amat sedih dan duka cita di atas musibah yang menimpa keluarga diraja Kelantan khususnya yang menimpa adinda saya Tuanku Al-Sultan Kelantan.
“Bagi saya penyakit yang menimpa baginda Al-Sultan tidak patut berlaku pada seorang Sultan.
“Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena pada peringkat awal sebelum baginda jatuh gering. Ada orang yang cuai dalam menjaga hal ehwal kesihatan baginda,” kata Tengku Rozan pada sidang media yang diadakan di Rumah Kelantan di sini tengah hari ini.
Kenyataan kedua-dua mereka juga mempertikaikan peranan Raja Perempuan Kelantan khususnya dalam isu rawatan kepada Sultan Kelantan.

Provokasi Tak Mampu Halang Ribuan Rakyat Johor Dengar Amanat Anwar

JOHOR BAHRU 9 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor agar tidak takut untuk meninggalkan Umno dan Barisan Nasional kerana ramai daripada pengasasnya itu telah meninggalkan parti apabila melihat penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku.
"Bahkan presiden pertama Umno, Dato Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn turut meninggalkan parti dan melawan Umno," kata Anwar pada ceremah di Plentong Jumaat lalu.
Anwar berkata walaupun Johor dikatakan kubu kuat Umno namum beliau optimis dengan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti melihat kepada gelombang sokongan rakyat kepada Johor yang semakin meningkat.
Ia berdasarkan sokongan serta sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap program anjuran Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini yang dahagakan maklumat terkini mengenai situasi politik dan ekonomi negara.

Utusan Curang ; "Kuda lumba" Zaid ditonjolkan, “Lesen Judi Bola” dilenyapkan


Berita "kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia" dilenyapkan dari Utusan Malaysia,walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.
Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein semalam mengakui bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan untuk mengelakkan kegiatan perjudian haram.

(Gambar - keratan berita judi bola dalam akhbar Berita Harian)

Bagaimanapun, Awang Adek Hussein berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula, ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.

Berita ini dilaporkan oleh Berita Harian pada hari ini di muka surat ke-10, dalam liputannya di Dewan Negara. Walau bagaimanapun, isu lesen perjudian ini tidak dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....