Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 2 Julai 2010

Pendirian Anwar dan PKR tentang Zionis

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap Imbang Penuhadil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

Najib Enggan Dedah Kos Tanggung Rosmah Di New York

KUALA LUMPUR 2 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan menggunakan dana awam bagi isterinya ketika berada di New York walaupun didesak untuk berbuat demikian di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan berkata beliau menerima jawapan bertulis berkaitan dengan soalannya yang mahukan Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan untuk Datin Seri Rosmah Mansor ke New York April lalu.
"Najib enggan memberi jumlah kos yang sebenar yang telah dibelanjakan sewaktu Rosmah berada di New York. Jawapan yang diberikan hanya memberitahu kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan isterinya termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk Perdana Menteri dengan alasan ia selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri," kata Gobalakrishnan pada sidang media di parlimen semalam..
Beliau mendesak kerajaan supaya telus dalam soal tersebut dan pendedahan itu perlu dilakukan kerana ia melibatkan wang rakyat dan rakyat harus tahu.
"Kita minta kerajaan telus dalam soal sebegini dan jangan selindung, sebelum ini mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri Perdana Menteri.

Pendidikan Seks Di Sekolah,Ulasan Tok Guru Nik Aziz


KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai 'zina' dan bukan 'seks bebas' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.SH

Saya dijemput temu PM, tapi tak sertai Umno

Hosni menafikan laporan dia merupakan antara 40 ulama muda menyertai Umno Jumaat lalu.

SHAH ALAM, 2 Julai — Seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Bagaimanapun Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.
“Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.
“Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.
“Namun apabila sampai ke sana lain pula jadi apabila mendapati ramai wartawan dan jurukamera berada di situ sebelum dimaklumkan Perdana Menteri akan hadir untuk menerima borang keanggotaan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program ceramah Ulama Muda Masuk Umno dekat sini.
Hosni, 27, mendakwa dia tidak pernah melihat dan mengisi sebarang borang keanggotaan Umno.

Artikel Menghasut:Khairy Minta Suara Perkasa Disiasat

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung penyiaran berita muka depan akhbar itu yang mahu Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Hari ini saya dengar Suara Perkasa keluarkan berita muka depan kata tahan Ka Siong bawah ISA, saya tidak setuju kerana benda macam itu menghasut dan salah.

"Saya lakukan ini bukan sebab saya nak pertahan Ka Siong tetapi kerana artikel ini salah dan harus disiasat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Suara Perkasa, yang merupakan akhbar Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa)dalam edisi sulungnya menyiarkan berita muka depan yang berunsur provokatif menerusi artikel "Tahan Ka Siong di Bawah ISA".

Konflik antara presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Wee bermula apabila anggota Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Ketua Pemuda MCA berkenaan mempersoalkan kontrak sosial serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Khairy berkata memperjuangkan hak orang Melayu bukanlah satu masalah, tetapi kepentingan kaum lain tidak diketepikan.

"Bagi saya BN (Barisan Nasional), Umno kita nak melihat inklusif untuk semua, tidak mengapa Perkasa berjuang untuk orang Melayu, tetapi cara dia buat, saya tidak setuju," katanya.

Sementara itu, Wee ketika ditemui berkata beliau akan mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil berhubung penyiaran artikel tersebut.

Katanya, beliau hairan kenapa perkara itu tersebut masih dibangkitkan sedangkan penjelasan berhubung isu biasiswa telah diberikannya. -BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....