Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 April 2013

PRU 13 : Tok Guru Nik Aziz Sah Pertahan Dun Chempaka

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding mempertahankan kerusi Dun Chempaka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekali gus memberi gambaran yang beliau kemungkinan besar kekal menteri besar.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya pemberita selepsa majlis pengumuman calon tertinggi parti itu ibu pejabat Pas, hari ini.

Beliau ketika ditanya memberitahu pemimpin tertinggi parti itu akan kekal di kawasan yang dipegang sejak 1995."Ya... (Nik Aziz) kekal, kawasan dia memang Cempaka," katanya.

Pengesahan itu sekali gus menunjukkan Nik Aziz akan terus memimpin kerajaan negeri Kelantan jika Pas mengekalkan kemenangan dalam PRU13. Nik Aziz menjadi menteri besar sejak 1990.

Selain Nik Aziz, turut kekal bertanding di kawasan masing-masing adalah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Sementara itu, diminta mengulas mengenai pertindahan kerusi yang berlaku di Wilayah Persekutuan antara Pas dan PKR.

Mustafa memberitahu, kata sepakat telah dicapai yang kerusi Setiawangsa diberikan kepada PKR."Selesai... Setiawangsa milik PKR, Labuan kekal kita (Pas) punya," katanyaSH

PRU 13 : Sah !! Mat Sabu di Pendang,Husam Di Putrajaya Dan Salahudin Di Pulai


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.

"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan..hrkh

PRU 13 : Chua Jui Meng Sah Bertanding Di Parlimen Segamat

 Anwar mengumumkan Chua Jui Meng calon parlimen Segamat, dan Hasan Karim di Ledang

TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor

Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.

Pengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.

Penyertaan kedua mereka ke dalam KEADILAN pada 2009 dengan masing-masing berlatar belakang undang-undang mengubah lanskap politik negeri ini dan memberi saingan kuat kepada Umno-BN. (SDQ)

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....