Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 November 2011

Ibrahim Ali selar Tok Guru Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang Shahrizat

Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno.
Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat
 "Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Jaguh palsu

Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut.
"Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis.

Fakta : Perbandingan Pemerintahan P, Pinang Dizaman PR Dan BN

Perbandingan pendapatan MPSP zaman BN VS PR
Antara fakta perbandingan pemerintahan PR VS BN di Pulau Pinang

FAKTA 1 : P.Pinang sejak dari dahulu berada di bawah pemerintahan Ketua Menteri Cina 1. Wong Pow Nee (MCA), 2. Lim Chong Eu (Gerakan), 3. Koh Tsu Koon (Gerakan), 4. Lim Guan Eng (DAP).

FAKTA 2: Tetapi isu perkauman / agama tidak timbul dahulu kerana pembangkang dahulu (DAP/PKR/PAS) adalah rasional dan matang, bukan seperti parti pembangkang sekarang
(UMporNO/BN)

FAKTA 3: Utusan Melayu adalah media umporno yang penuh dengan unsur2 propaganda perkauman terlampau.

FAKTA 4: Lim Guan Eng memerintah dan mengendalikan P.Pinang jauh lebih baik daripada Koh Tsu Koon
dua Poster di atas membuktikannya.

PRU 13 : Zaid Ibrahim Bertanding Di Kerusi Perlimen Petaling Jaya Selatan ???

PETALING JAYA – Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding merebut kerusi Parlimen di Selangor pada PRU13.Beliau memberi fokus pada kawasan Petaling Jaya.
“Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU),” katanya.Zaid bagaimanapun me-ngakui, tumpuannya kini lebih pada PJS.

Kerusi PJS kini disandang Hee Loy Sian daripada PKR yang mengalahkan Datuk Donald Lim Siang Chai (BN) dengan majoriti sebanyak 5,706 undi di mana Loy Sian memperolehi 28,598 undi berbanding lawannya, hanya 22,892 undi.

Jika Zaid jadi bertanding di situ, selain PKR yang sudah pasti mengekalkan calonnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga dikatakan turut berminat meletakkan calon mereka. BN juga tentu tidak ketinggalan yang mana sebelum dirampas pembangkang, parti itu berjaya mengungguli kawasan tersebut selama beberapa penggal.

Zaid memilih PJS selain bersandar alasan sudah biasa dengan kawasan itu, faktor pecahan kaum dan permasalahan rakyat yang belum terbela boleh menjadi dasar perjua-ngannya untuk rakyat kawasan itu, serta memberinya peluang untuk menang.

Menurutnya, tidak mustahil parti Kita akan mendapat tempat dan menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya akan datang kerana parti itu memberi peluang kepada rakyat melakukan perubahan terutama bagi mereka yang inginkan perubahan dan demokrasi sebenar.

“Berdasarkan rekod PRU12, kemenangan PKR kerana rakyat menolak Umno dan kini rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan mereka.“Tidak mustahil, Kita akan mendapat merebut banyak kerusi Parlimen dan Dun disebabkan itu,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ita kini telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk meletakkan calonnya seluruh negara.

Skandal NFC: Mampukah BN menanganinya?

Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.
Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.
Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan.  Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.
Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu.  Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.
Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu.  Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?
Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?

Pembelian kondo tidak boleh diterima

Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.
Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.
Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?
Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.

Bekas Hakim Sertai Pas


Tn Haji Zainol, bekas Hakim Mahkamah Majistret mengisytiharkan menyertai PAS dan borang keahlian seumur hidup diserahkan kpd Tn Haji Mohammad Sabu bersempena majlis ceramah penerangan PAS Pendang di Watt Siam Padang Peliang, Kampung Baru, Pendang, Kedah pada 17/11/2011

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....