Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 16 Januari 2010

JAKIM:TIADA 2 UNDANG UNDANG BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH



Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mula dibidas cabang-cabang kerajaan sendiri.

Kali ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpendirian bahawa masyarakat Kristian di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak tidak boleh menggunakan kalimah Allah.

Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, tidak boleh ada dua jenis undang-undang dan peraturan berhubung isu Allah.

Badan hal-ehwal Islam persekutuan ini bersama-sama pimpinan gereja Kristian menyanggah kenyataan Nazri yang dilaporkan sebagai berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membenarkan kalimah itu terus digunakan di Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Nazri ini disiarkan di muka hadapan akhbar The Borneo Post.

Wan Mohamad berhujah oleh kerana aturan telah ditentukan Kebinet berhubung isu ini, maka kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh pihak gereja.

Jakim berpandangan pengecualian untuk Sabah dan Sarawak tidak akan menyelesaikan polemik hari ini ekoran penghijrahan dan mobiliasasi rakyat negeri itu ke Semenanjung.

Wan Mohamad berkata perkara ini hanya boleh diselesaikan secara sistematik, melalui satu undang-undang dan aturan standard.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Mei 1986 yang memutuskan bahawa kalimah Allah antara perkataan yang tidak boleh diizinkan penggunaannya untuk masyarakat bukan Islam.

Selain kalimah Allah, turut digazet eksklusif untuk masyarakat Islam adalah Baitullah, Solat dan Kaabah dibawah (Warta P.U (A) 15/82) dan (Pekeliling KKDN. S.59/3/6/A) bertarikh Dec 5 1986.

Kabinet sekali lagi menguatkusakan larangan itu pada 18 Oktober 2006 dan 1 November 2006. Kali terkahir dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Januari 2008.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan menguatkuasakan Enakmen Agama-Agama Bukan Islam 1988 yang menyekat penggunaan kalimah Allah secara oral mahupun bercetak.

Menyedihkan,Sekolah agama Islam dalam kabin

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan kedudukan sekolah agama rakyat yang serba daif sehingga terpaksa ditempatkan di dalam kabin membuktikan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional tidak peka terhadap pendidikan agama Islam.
Beliau berkata demikian ketika melawat ke Sekolah Rendah Agama Hidayatul Mustaqimah di Taman Beringin Jinjang Utama, di sini, hari ini.
"Saya pernah hantar surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan Zulhasnan Rafique sebelum ini. Dan, dia (Zulhasnan) kata yang dia akan usahakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pembelajaran agama untuk anak-anak murid di sini.
"Saya akan menulis surat semula kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin agar beliau dapat mengambil perhatian semula ke atas hal ini," kata beliau.

Bapa lega Ilyani kembali, tetap enggan terima Dr Rosli sebagai menantu


KOTA BARU, Jan 16 — Bapa Ilyani, isteri kedua bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Noor Che Man masih tidak dapat menerima Dr Rosli Allani Abdul Kadir sebagai ‘anggota keluarganya’ walaupun mereka dikatakan sudah bernikah semula baru-baru ini.
Esok, Mahkamah Tinggi Syariah di sini akan mendengar permohonan membatalkan tuntutan pembatalan perkahwinan Rosli-Ilyani pada Dis 2008.
Kedua-dua pasangan itu kini hidup berpisah sementara ekoran keputusan mahkamah dan juga selepas rumah mereka dikepung selama 19 jam oleh Mohd Noor akhir bulan lalu.
Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider hari ini, Mohd Noor masih melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Rosli menikahi anaknya tidak mengikut peraturan dan tidak menghormati adat resam keluarga.

Tengku Faris:Kenapa Rakyat Kelantan Sayangkan Pemangku Raja Mereka??

Kenapa rakyat Kelantan begitu kasihkan Pemangku Raja mereka.Video dan Gambar di bawah menceritakan segala galanya saksikan:






Ribuan rakyat Kelantan menyambut keberangkatan pulang Baginda
Anak Raja sembelih lembu???
Tidak kekok bergaul dengan rakyat kebanyakan
Baginda begitu rapat dengan Tok Guru Pondok di Kelantan
Sembahyang berjemaah bersama Tok Guru Nik Aziz di Masjid Pulau Melaka
Tok Guru Nik Aziz mengiringi Baginda melawat mangsa kebakaran
Mengimami solat hajat,mungkin Raja pertama di Malaysia yang melakukannya
Tengku berdoa sambil di aminkan oleh Pimpinan dan rakyat Kelantan


Gambar dari berbagai sumber

Mustapa patut sokong tuntut royalti minyak

KOTA BHARU, 16 Jan: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sepatutnya menyokong usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan royalti minyak atas dasar sebagai rakyat Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
“Sepatutnya menteri berkenaan turut bersama menyokong atas dasar semangat sebagai rakyat Kelantan, membantu untuk mendapatkan royalti tersebut, bukan untuk menafikan,” katanya kepada media pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pasti 2009 Peringkat Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini.
Pada hematnya, rakyat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan menteri itu kerana hak yang disebut selama ini antara Petronas dengan kerajaan negeri adalah jelas bahawa royalti minyak hak negeri.
"Sepatutnya mereka bersama-sama berusaha, tanpa menafikannya. Berusaha melalui pengaruh sebagai menteri di peringkat Pusat, sebagaimana Ku Li (Tengku Razaleigh) sendiri sanggup untuk berdiri dan sanggup untuk membuat kenyataan demi kebaikan rakyat Kelantan,” katanya.

Pulau Pinang juga kuat kuasa larangan guna kalimah ‘Allah’

PETALING JAYA, Jan 16 — Pulau Pinang, salah satu daripada empat negeri yang belum menggubal Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, akan memastikan penggunaan kalimah “Allah” hanya untuk orang Islam dan larangan tersebut dipatuhi oleh golongan bukan Islam di negeri itu.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru, Ellias Zakaria menegaskan, pihaknya akan menguatkuasakan larangan tersebut menerusi peraturan yang sedia ada di negeri berkenaan.
Tambahnya, perkara tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIPP minggu depan.
“Kami pun sedang berusaha ke arah itu. Saya akan hubungi Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad untuk membawa hal ini ke mesyuarat majlis minggu depan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Persenda Karpal,Peguam SPRM Hampir Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah


VIDEO EHSAN GREENBOC


SHAH ALAM: Prosiding inkues setiausaha politik Teoh Beng Hock di sini hari ini menjadi tegang apabila peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mempersenda ketidakupayaan fizikal peguam Karpal Singh.
Dalam prosiding itu, Datuk Abdul Razak Musa, mewakili SPRM, telah berkata "Saya boleh duduk tetapi kamu tidak boleh berdiri" kepada Karpal yang berkerusi roda.
Kenyataan itu mencetuskan pertikaman lidah serta menimbulkan kemarahan Karpal dan anaknya Gobind Singh dan mendesak mahkamah untuk mengeluarkan perintah terhadap Abdul Razak kerana menghina.

Futsal Antara AJK Pemuda Dun Dalam Kawasan Besut

Sebahagian dari AJK Pemuda Dun2 dalam Kaw Besut bergambar ramai sebelum perlawanan di mulakan
Sepak mula,Ketua Pemuda Besut Ust Zulkifli Kadir(2 dari kanan) dan Tim. Ketua Ust Kaspi Ismail(3 dari kanan) yang mewakili Pemuda Dun Kuala Besut
Sebahagian aksi
Sebahagian dari peserta dan penonton


Perlawanan persahabatan yang di adakan di Gelanggang Futsal Kg Raja ini menyaksikan setiap Pemuda Dun dalam Kaw. Besut masing masing menghantar dua pasukan.Antara Pemuda Dun yang terlibat ialah Pemuda Dun Kuala Besut,Kota Putera,Jerteh dan Hulu Besut.Syarat utama,setiap pasukan mestilah di sertai oleh hanya AJK Pemuda Dun masing masing.Antara tujuan utama perlawanan ini di adakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara AJK Pemuda Dun.
Sekurang kurangnya mereka boleh berkenalan dengan lebih erat lagi antara satu sama lain.Perlawanan yang di anjurkan Lajnah Sukan Pemuda Pas Kaw. Besut ini bermula jam 10.00 mlm dan berakhir jam 12.30 pagi.Menurut Ketua Lajnah Sukan Pemuda Besut saudara Asriazwa,perlawanan persahabatan ini juga antara lain sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Futsal yang membabitkan seluruh Pemuda Cawangan dalam Kaw. Besut yang akan di adakan sedikit masa lagi.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Kristian Sabah-Sarawak boleh terus guna Kalimah 'Allah',kenyataan Nazri di selar





Imbang PenuhDalam keputusan yang bakal mengundang tuduhan bahawa agama diperalatkan untuk tujuan politik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kaum bukan Islam dibenarkan terus mengguna kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi bukan di Semenanjung Malaysia.

Ini kerana orang Kristian di Sabah dan Sarawak sudah lama menggunakan kalimah itu dalam upacara sembahyang dan keagamaan mereka , Nazri di petik berkata oleh akhbar Borneo Post.

Ditanya sama ada keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah meletakkan dua standard berbeza untuk penggunaan kalimah Allah, Nazri berkata Malaysia banyak mempunyai undang-undang berlainan bagi keperluan tertentu.

Beliau merujuk kepada wujudnya undang-undang syariah dan sivil di Malaysia sebagai contoh kenapa Umno-Barisan Nasional membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi tidak di Semenanjung.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....