KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung serangan terhadap mahasiswa dan aktivis yang berkhemah menuntut dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka awal pagi tadi.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan reman sehingga 24 April ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi, peserta yang tinggal dalam khemah diserang lebih kurang 30 lelaki berpakaian hitam.
Menurutnya, dua detektif polis yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan kerana cuba meredakan keadaan."Lima minit selepas kejadian, anggota peronda dari balai polis Dang Wangi bertindak meleraikan keadaan.
"Kita menerima enam laporan polis daripada pegawai polis, pegawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan peserta yang menyertai perkhemahan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Mohmad berkata, seorang peserta cedera di mata kanan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.Beliau turut menafikan kenyataan mengenai tindakan polis yang tidak melakukan sebarang tindakan ketika kejadian.
Menurutnya, sekiranya tiada tindakan daripada pihak polis, sudah tentu keadaan bertambah teruk dan banyak kecederaan yang dialami.SH