KUALA NERUS – Umno negeri Terengganu tidak boleh mendabik dada kerana jelas kini, ia bukanlah sebuah parti yang hebat dan popular lagi.
Ia adalah kerana, dalam menganjurkan program ‘Juara Rakyat’ yang dianggap hebat, Umno terpaksa ‘menumpang’ kemudahan kerajaan dan ‘menipu’ rakyat.
(Gambar kanan - Tiada sambutan, gerai untuk program bertemu pelanggan lengang dan kosong )
Program Juara Rakyat bertemakan pendidikan diadakan pada Jumaat, 22 Januari 2010 (hari ini) di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di sini membuktikan, Umno terpaksa ‘menempek’ di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan Yayasan Terengganu.
Dalam masa yang sama, Umno menipu rakyat dengan menghantar surat jemputan (gambar bawah kanan - klik untuk besarkan) kepada ibu bapa dan pelajar melalui Yayasan Terengganu, tanpa memberitahu bahawa program tersebut juga adalah program Juara Rakyat.