Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Januari 2013

Panas !!! Melayu Kelantan Lebih Kaya Dari Melayu Johor ??

Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.

Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.

Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.

Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.

Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."

Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.

Khairy tarik balik fitnah ke atas Anwar

KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Bawani Mengulas Isu Forum UUM

GEORGE TOWN, 16 Jan — Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk “mencuci otak” mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.

“Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum ‘Mahasiswa dalam politik’ dan menggunakannya untuk ‘brainwash’ pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka,” kata Bawani kepada The Malaysian Insider.

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.

Apabila diberitahu beliau digelar sebagai “Ambiga Kecil”, Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

“Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua,” kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah,” katanya menceritakan ketika dihubungi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....