Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 April 2010

Video:Anwar curiga 2 agen perisikan Israel di Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 6 April: Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertikai apabila Asiasoft (M) Sdn Bhd dilantik sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Laporan Polis (RPS) Fasa ketiga, dari sistem analog kepada sistem digital.

"Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudiannya diserahkan pada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen.

Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan, Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel.

Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.

Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel.

Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman.

Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem keselamatan negara.

Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan dalam isu terbaru tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu wajar berbuat demikian memandangkan PDRM di bawah legasi mereka.

Antara yang menyertai Anwar dan Mahfuz adalah Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap), Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Sebelum pada itu, Anwar ketika membahaskan bajet tambahan KDN di Dewan Rakyat, mendedahkan beberapa surat rasmi PDRM berhubung pembabitan dua perisik Israel dalam PDRM.

Selain itu, beliau turut meminta KDN menjelaskan tentang projek APCO425 (kemudiannya dikenali sebagai RMT Net) di Taman Teknologi Sungkai yang bernilai antara RM900 juta hingga RM999 juta.Hrkh

Buta sejarah: Parti Cina dibekal 'perlembagaan'


Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) yang sebelum ini dianggap lantang, ekstrem dan ada kalanya kebudak-budakan berhubung tuntutan dan desakan mereka, hari ini mengubah imej itu.
Tuntutan mereka supaya dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu yang tamat tempohnya hari ini, tidak disusuli dengan demonstrasi ataupun membakar gambar pemimpin berkenaan.
Sebaliknya, PERKASA secara matang berikrar akan cuba menjadikan pemimpin parti-parti Cina tersebut 'celik sejarah' dengan menghadiahkan mereka buku Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Ketua Wiranya, Arman Azha Abu Hanifah, PERKASA mengambil tindakan berkenaan kerana Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung MCA Low Chew Jun "buta perlembagaan" kerana melabelkan NGO itu sebagai rasis.  

Pelakon mengaku tak bersalah cederakan isteri

KUALA LUMPUR, 6 April — Pelakon filem dan drama, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mencederakan isterinya dua minggu lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Badrul Muhayat, 42, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia Daud, 29, dengan menumbuknya di muka dan menendang di perut di rumahnya di Lot 313E, Jalan 49B, Bukit E, Kampung Cheras Baru, Hulu Langat pada 7 pagi, 24 Mac lepas.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia dengan memukulnya menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki pada waktu dan di tempat yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Usul Membahaskan Royalti Ditolak Sidang DUN Terengganu




ADUN Batu Burok mengemukakan usul membahaskan isu royalti pada Sidang DUN 6 April, 2010, Ususl tersebut ditolak dengan alasan isu royalti sedang dalam perundingan.BO

PRK Hulu Selangor:PKR umum calon 13 April

KUALA LUMPUR, 6 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calonnya 13 April ini, dua hari lebih awal berbanding Barisan Nasional (BN).
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, tarikh itu dipilih dengan mengambil kira beberapa pertimbangan.
“Lagipun ia tarikh yang sesuai untuk semua pihak,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.
Pengumuman dijadual dibuat di kawasan Serendah oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
The Malaysian Insider difahamkan perkara itu diputuskan semalam.
Ketika ditanya sama ada PKR akan membuat pengumuman selepas 10 April, Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, “tengok dulu (langkah) Barisan Nasional, tengok dulu.”

Pendedahan Untuk Rakyat, Anwar Rela Terima Hukuman




D
atuk Seri Anwar Ibrahim rela digantung dari menghadiri sidang Parlimen berhubung pendedahan yang mengaitkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan Apco Worldwide yang didalangi Yahudi berfahaman Zionis.

Ahli Parlimen Umno-BN dijangka mengemukakan usul untuk menghadapkan Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menggantung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu untuk tempoh yang tidak diketahui.

Anwar membuat kenyataan berani itu semasa berucap depan kira-kira 3,000 pengundi Hulu Selangor pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sungai Tengi.

Beliau mencabar Datuk Seri Najib Razak supaya menjawab persoalan yang ditimbulkan khususnya kaitan APCO dengan bahagian perisikan Israel, Shin Bet serta butiran perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan dengan firma itu.

Anwar turut membidas Pemuda Umno yang lantang menuduh beliau mengkhianati Melayu tetapi menjahit mulut apabila isu APCO yang jelas ada kaitan dengan Yahudi Zionis, dibangkitkan.

Ucapan beliau juga menyentuh isu calon yang bakal membawa cabaran PKR. Anwar memberi jamiman calon PKR memiliki kewibawaan dan kredibiliti dalam memperjuangan nasib rakyat di Hulu Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berjanji betapa karenah segelintir calon PKR pada pilihan raya umum lalu hingga menimbulkan masalah kepada perjuangan rakyat, tidak akan berulang.GB

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....