KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri
Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis
dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis
Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa
yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri
tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli
politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya
mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai
seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang
berpengaruh.
“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan
menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi
daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekarang... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.
Musa (gambar) kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada
Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis
mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan
tersebut.
“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO
(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik
kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?
“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”
Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)
tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan
tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik.
“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.
Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang
dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik
berpengaruh.
“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata)
“Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya
bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.
“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan
menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu
jadi lebih tegas.
“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.
“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik
di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan
ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.
Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa,
tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau
untuk mengawal pasukan polis.
“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan
OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu
yang salah berlaku.
“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan
kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.
“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13
September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana
kurang bukti.
Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau
Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang
mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh
PDRM”.
NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar”
daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum
dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan