Nenek Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Sarah Omar,88, keturunan Kenya mengatakan beliau berdoa semasa mengerjakan ibadah haji di Mekah semoga pemimpin Amerika itu diberi hidayah untuk kembali semula memeluk Islam.
"Saya berdoa untuk Barack, cucu saya masuk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam sebuah wawancara dengan akhbar harian Al-Watan Saudi yang diadakan di Jeddah setelah beliau selesai melakukan haji baru-baru ini.
Sarah Omar berada di Arab Saudi bersama-sama dengan anaknya, pakcik Obama, Saeed Hussein Obama, dan empat orang cucunya.
Keluarga Sarah Omar telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini. Saeed berterima kasih kepada Raja Abdullah atas sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada mereka, kata surat kabar itu.