Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Oktober 2011

Video : ' Tangisan Rakyat Kelantan ' Jawapan Kepada ' Fitnah Umno '



Tulis si PapaGomo - Video diatas ini merupakan satu bukti jelas yang mana anak anak Kelantan dibumi sendiri terpaksa merempat dan ditindas oleh Kerajaan PAS yang waktu ini mentadbir Kelantan. Sudahlah pembangunan tidak dijalankan oleh kerajaan Negeri malah tanah Rakyat dirampas oleh mereka yang kononya untuk pembangunan Rakyat.

YB Adun Gual Ipoh, Cikgu Wan Yusoff menjawab tuduhan yang disebarkan UMNO melalui VCD Produksi mereka yang bertajuk Tangisan Rakyat Hulu Kelantan. Fahami dan dapatkan fakta sebenar isu yang diputar belit oleh pihak UMNO.

Respon ini diberikan ketika YB Wan Yusof, ADUN Gual Ipoh sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 dalam Sidang DUN Kelantan 19 Oktober 2011.



Liwat isteri: Ulasan Zul Noordin cetus kekecohan di Parlimen


KUALA LUMPUR, 20 Okt: Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas) menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Tuduhan tersebut dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.
Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.
Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.
"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.
"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk kepentingan politik.
Sebelum itu, Zulkifli mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Menurutnya, dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akhil baligh setelah bermimpi, manakala perempuan pula setelah datang haid.
Katanya, dari segi umur, setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi atau datang haid bermakna mereka telah dikira mumayyiz dan sampai umur serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka.
"Tetapi dalam hudud PAS akan dilaksanakan setelah berumur 18 tahun. Ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu mumayyiz iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun," katanya.
Kesalahan-kesalahan seperti itu, katanya, sengaja dilakukan oleh para pemimpin PAS untuk membolehkan enakmen tersebut tidak boleh dilaksanakan kerana akan ditolak oleh Umno bagi meraih kepentingan politik.
Dakwaan-dakwaan tidak berasas beliau memaksa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR bangun menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai yang sengaja dicetuskan itu sehingga menimbulkan kekecohan.
Beberapa orang ahli Parlimen dari BN pula termasuk dari Kinabatangan turut bangun mempertahanlkan Zulkifli, manakala Zulkifli sendiri enggan memberikan laluan kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjelaskan kebenaran.
Sikap mereka menyebabkan persidangan menjadi semakin kecoh sehingga tamat tempoh masa Zulkifli dibenarkan berucap.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika bangun mencelah menyatakan Zulkifli ternyata hanya berlagak pandai walaupun tidak tahu tentang undang-undang Islam sehingga tergamak membuat tuduhan seperti itu terhadap PAS.
Menurut beliau, dalam Al-Quran tidak dinyatakan had umur akhil baligh, tetapi seseorang yang telah sampai umur dirujuk kepada mereka yang telah mumayih yang tidak hanya berumur 15 tahun.
"Enakmen Hudud dan Qisas Terengganu 2002 itu dibuat oleh hakim-hakim yang pakar dalam undang-undang Islam. Itulah sebabnya enakmen itu dihadkan perlaksaaannya ke atas seseorang berusia 18 tahun ke atas kerana faktor kematangan.
"Mereka yang membuat undang-undang itu cukup faham tentang mumayyiz, tetapi dia (Zulkifli) tentang mumayyiz pun tak tahu, jadi macam mana layak bercakap tentang undang-undang Islam," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Manakala mengenai tuduhan hudud PAS membenarkan suami meliwat isteri yang dibuat oleh Zulkifli itu pula, beliau mengatakan dakwaan itu ternyata tidak berasas dan bohong sama sekali.
Katanya, enakmen tersebut tidak bermaksud demikian tetapi Zulkifli yang tidak memahaminya kerana kejahilannya sendiri.
Sebaliknya yang dimaksudkan dengan kecuali isteri dalam enakmen itu, katanya, seseorang suami tidak sekali-kali boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana perbuatan itu adalah haram dalam Islam.

UIA gantung tugas Prof Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu.Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam.
Aziz (gambar) ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu.“Saya serahkan kepada peguam saya,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu.
“Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan,” kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA.Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti.
“Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab,” kata Dzulkarnain lagi.Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA.
“Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak,” kata peguam itu yang semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam.
Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4 petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan semalam.“Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat,” kata beliau lagi.
Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz.
Aziz sebelum ini dipetik berkata tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja terbabit pada 3 Ogos lalu bukan tindakan lazim.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Ong Tee Kiat Masuk PKR ?

Blog STOP THE LIES mendakwa pejabat Ong Tee Kiat di Pandan Jaya telah menurunkan simbol-simbol Barisan Nasional dan MCA selain gambar-gambar pemimpin dan anggota MCA. Tindakan tersebut disifatkan sebagai petunjuk bahawa Ong Tee Kiat akan berpindah daripada MCA ke PKR.
Dikatakan, Ong Tee Kiat telah bertemu ramai pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim dalam merundingkan penghijrahannya itu. Ong Tee Kiat pada masa yang sama, mendakwa mendapat banyak SMS daripada para penyokongnya yang mendesak agar dia keluar dari MCA dan menyertai PKR.

Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, Ong Tee Kiat merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional pada 2008 yang terselamat di kerusi Parlimen Pandan. Dua DUN dalam Parlimen Pandan iaitu Cempaka dan Teratai, masing-masing dimiliki oleh PAS dan DAP.

Seandainya benar sebagaimana dakwaan tersebut, Pandan akan menjadi medan yang sangat hebat terutama sekali selepas wujud desakan agar UMNO Pandan mengambilalih dan bertanding di Kerusi Parlimen Pandan walaupun pada masa yang sama, bertanding di DUN Cempaka.

Baik MCA Pandan mahupun UMNO Pandan, kedua-duanya mempunyai masalah yang tersendiri. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua parti masih belum menggerakkan jentera pilihanraya dan berkempen untuk merampas kembali DUN Teratai dan DUN Cempaka di Parlimen terbabit.

Sebaliknya, yang menjadi tumpuan adalah Ong Tee Kiat-Chua Soi Lek, UMNO-MCA dan permainan dalaman yang merugikan Barisan Nasional secara keseluruhannya di kawasan terbabit.

Dan tidak dinafikan sama sekali, Ong Tee Kiat mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Pandan, khususnya yang bergerak menerusi NGO-NGO dan bukannya MCA di sana. Kalau benarlah Ong Tee Kiat akan berhijrah ke PKR, bermakna MCA perlu bekerja jauh lebih kuat untuk mengembalikan sokongan kepada parti itu di Pandan dan Ampang, khususnya!



Menifesto PAS Terengganu, BN Resah


Apabila Pas Terengganu melancarkan menifesto PRU-13 dengan tema “Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan” telah menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin BN termasuk dua ahli akademik

Lima perkara dari kandungan manifesto adalah seperti berikut;

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin

Manifesto ini amat menyentuh kepentingan rakyat Terengganu yang berada di dalam keadaan yang dhaif kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil selama ini.

Tiba-tiba Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani dan Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Azeem Fazwan berkata, ini manifesto hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya dengan janji untuk menghapuskan cukai.

Bagaimana dua pensyarah yang berada di Pusat Pengajian Tinggi memberi kenyataan yang tidak mempunyai fakta yang kukuh. Sedangkan Pas pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 ianya terbukti dan teruji. Kenapa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat akan menderita jika Pas kembali berkuasa di Terengganu.

Jika hendak mengampu janganlah memalukan dunia akademik kerana hendak mencari keuntungan dunia yang tidak seberapa. Sebagai ahli akademik sepatutnya boleh melihat kembali pencapaian Pas mengurus kerajaan Trengganu ketika memerintah suatu ketika dahulu.

Bukankah Terengganu di bawah Pas telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri hilang apabila royalti ditarik.

Namun Pas berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat, selapas Pas tewas, Terengganu kembali miskin di tempat kedua. Kenapa Pas mampu mentadbir walaupun royalti minyak dirompak?

Jawapannya pemimpin Pas menjalankan tugas dengan amanah, adil tanpa mengira ideologi politik.

Apakah kedua mereka ini anggap pencapaian BN yang memerintah Terengganu adalah pemerintahan yang terbaik. Sehingga Terengganu hari ini digelar sebagai “Negeri Runtuh”.

Kenapa mereka tidak komen mengenai Stadium Negeri yang berharga RM292 juta runtuh dan kos hendak baiki RM25 juta, Masjid Batu Putih Kemaman RM2.1 juta runtuh, Perhentian Bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta runtuh setelah 80% siap, Kolam Renang di Batu Buruk RM18 juta, setelah setahun digunakan ia rosak.

Kenapa mereka tidak pertikai kenapa Terengganu masih lagi miskin walaupun ada hasil minyak.

Mungkin mereka berdua tidak nampak kerana mata mereka terlalu biru sehingga tidak mampu untuk melihat data dan fakta.Detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....