"Dia buat benda yang betul perjuangan dia ini kita nampak hari ini macam lekeh tapi kesan dia kalau berjaya sampai anak cucu cicit kita besok dapat manafaat,anak cucu cicit kita dapat manafaat kalau dapat pendidikan percuma," kata Mohd Ismath b Habib Mohamad, bapa mahasiswa.
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 16 April 2012
Video : Bapa Mahasiswa Sokong Perjuangan Anaknya Di Dataran Merdeka
"Dia buat benda yang betul perjuangan dia ini kita nampak hari ini macam lekeh tapi kesan dia kalau berjaya sampai anak cucu cicit kita besok dapat manafaat,anak cucu cicit kita dapat manafaat kalau dapat pendidikan percuma," kata Mohd Ismath b Habib Mohamad, bapa mahasiswa.
Video : Bongkar !!! Laksamana Pertama (B) Dedah Penyelewengan Pembelian Kapal TLDM
DUNGUN – Pemerolehan kapal Patrol Vessel (PV) yang diubah menjadi Littoral Combat Ship (LCS ) atau Kapal Kombat Pesisiran Pantai tidak terdapat dalam dokumen strategik pertahanan negara dan merupakan satu penyelewengan yang nyata.
Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid mempersoalkan mengapa Kementerian Pertahanan mengubah pembelian tersebut sedangkan ia tidak diperlukan.
“Sebenarnya dalam kita punya strtaegik dokumen tidak ada keperluan itu (LCS) tapi sekarang ini kenapa diubah? Kita (Kementerian Pertahanan) sepatutnya buat 27 buah kapal PV yang telah siap sebanyak 6 (belum siap) ada lagi 21,
“dia tukar ‘brand’ itu, bila dia tukar, alat baru boleh masuk, system baru boleh massuk, design baru boleh masuk, segala-galanya baru, ramailah pembekal-pembekal yang ambil komisyen ini,”ujarnya.
Isu hina raja helah 'kubur' isu penting
ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang
menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang
dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar.
“Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu.
“Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu,” katanya.Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara.
“Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja,” katanya.

Panas !!! Bekas Menteri Umno Tampil Berceramah Di Pentas Pas
Umno terus menerima tamparan hebat apabila bekas menteri mereka tampil berceramah di pentas Pas malam tadi.
Tan Sri Kadir Fadzir bekas Menteri Penerangan dan Perlancongan tampil di pentas Pas buat pertama kalinya di satu majlis ceramah di Kupang Kedah.
Turut berceramah Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang,MB Kedah Ust Azizan Razak,dua Naib Presiden Pas YB Dato Mahfuz Omar dan YB Salahuddin Ayub.
Artikel berkaitan DISINI
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009