Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 25 Oktober 2009
Bajet 2010:Apa kata Pimpinan Pakatan Rakyat | Nizar News
Komen Pimpinan Pakatan Rakyat kepada bajet 2010 - Sidang media Ketua Pembangkan, Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh), Lim guan Eng (DAP Bagan) dan Nasharudin Mat Isa (PAS Bachok) di Lobi Parlimen.
Komen kepada Bajet 2010 (2) - Sidang media Dato' Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) di Lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2009.
Komen kepada Bajet 2010 (3) - Sidang media YB Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian) di Lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2009.jiwokelate 2009
Adun BN Kelantan mengaku bakar jentolak
| |
KOTA BHARU, 25 Okt: Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka. |
Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat."
Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini.
Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini.
Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah.
Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata �bila tuduhan tentu tidak ada bukti�.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa.
(PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.)
Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat. _harakahdaily
KEMELUT PAS, KALAULAH ALMARHUM USTAZ FADZIL MASIH HIDUP
Seandainya Ustaz Fadzil di alam Barzakh diberi perkhabaran tentang apa yang telah menimpa PAS sekarang, adakah Ustaz Fadzil akan menangis seperti kita sekarang? Tentunya tidak. Almarhum tidak lagi terikat dengan kerja-kerja di dunia lagi bahkan beliau kini tidak lagi terikat dengan kewajipan terhadap Allah SWT sepertimana kita masih hidup. Sudah cukup beliau meninggalkan PAS ini kepada kita untuk terus diperjuangkan sehingga kita mampu menunaikan amanahnya iaitu ingin melihat PAS memerintah negara ini dengan Islam. Apakah kita lupa akan amanah itu?
PAS sekarang tidak segagah dan sepadu kekuatannya seperti di zaman Almarhum. Meskipun di zamannya PAS tidak berada dalam 5 negeri yang dapat ditawan dari Umno/Bn seperti sekarang, tetapi kekuatan dan perpaduan PAS amat kuat ketika itu. Kebijaksanaan Almarhum yang dapat mengenali mana satu kawan dan lawan tidak dapat ditandingi oleh kepimpinan PAS sekarang. Di zaman Almarhum, semua pimpinan PAS diajar untuk menghormati dan bersetia dengan rakan seperjuangan. Tetapi sekarang di dalam PAS, pimpinan sering bertelagah dengan pimpinan dari rakan-rakan mereka sendiri. Semasa susah mereka bersama, tetapi bila sudah senang sedikit dan berjaya, ketamakan menguasai diri. Akal yang dulunya cerdik bila berbicara tetapi semakin beku.
Contoh seperti yang berlaku di Selangor. Peristiwa `rundingan dalam kelambu' bersama Umno tatkala PR baru mengambil kuasa di Selangor menjadi kudis buat PAS. Kudis itu dibiarkan terus oleh pimpinan tertinggi PAS sehinggakan kudis itu semakin merebak. Apabila kudis itu cuba diubati dengan rawatan yang salah, pastinya kudis itu tidak akan sembuh. Sebaliknya semakin dirawati dengan rawatan yang salah, kudis itu merebak dan semakin berani. Mereka gagal berbohong dengan isu `rundingan dalam kelambu', mereka menukar cara yang lain pula. Kerajaan PR di Selangor terus diganggu dengan alasan untuk meng`Islam'kan Selangor. Kesempatan terus diambil jika terdapat isu yang boleh mereka ambil kesempatan. Sehinggakan di dalam isu Selcat pun, PAS Selangor mahu menunjukkan gagahnya mereka membela puak-puak penyeleweng yang dulunya pernah memijak kepala PAS itu sendiri. Mereka tidak percaya rakan mereka dalam PR boleh berlaku adil dan telus selain dari mereka.
Di dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, terdedah bagaimana pemimpin PAS berusaha untuk bersama Umno di Perak setelah menyedari mereka berpeluang untuk menjadi MB Perak jika bergabung dengan Umno. Itulah yang terjadi di Selangor dan itulah kudis PAS sebenarnya. Sikap membiarkan pemimpin seperti ini menjadikan kudis itu merebak sehingga kini menjadi kudis buta yang amat merbahaya. Bencana awal akibat kudis buta ini dapat dikesan setelah pilihanraya kecil di Manek Urai sehingga PAS hampir terduduk. Masih pimpinan tertinggi PAS gagal berbuat apa-apa, sehinggalah penyakit ini berjangkit pula di Bagan Pinang. Di Bagan Pinang, PAS mulai merasa betapa gatalnya kudis buta yang disimpannya selama ini.
Suka atau tidak, kudis buta ini mesti dirawat segera. Mursyidul Am PAS punya kaedah untuk merawatnya tetapi beliau tidak mampu berseorangan. Maka beliau mengharapkan semua ahli PAS membantunya terutama di peringkat pimpinan. Malangnya, baru Mursyidul Am menyebut kaedah rawatan yang boleh dibuat oleh PAS, beberapa pemimpin menolaknya dengan angkuh dan sombong dengan menyebut kononnya PAS tidak pernah berpenyakit. Pada Mursyidul Am, jika PAS di ibaratkan seperti jasad manusia, sebelah kaki PAS kini berpenyakit kudis buta. Kaki yang berpenyakit itu perlu dipotong segera agar tidak melarat ke serata tubuh badan sehingga boleh membawa ajal. Bukan tidak sayang kepada kaki yang ingin dipotong itu, tetapi demi untuk menyelamatkan jasad yang lain kaki yang berkudis buta itu terpaksa dikorbankan.
Mursyidul Am tidak memaksa untuk diadakan kaedah rawatan itu. Beliau cuma mencadangkan sahaja. Sekiranya pimpinan PAS merasakan kaedah itu baik, maka lakukanlah. Jika tidak, carilah kaedah lain asalkan kudis itu boleh dirawati. Tetapi jika masih sayangkan kepada kudis buta itu, bersedialah kita untuk dikuburkan sepertimana kita ingin menguburkan Umno. Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil masih ada.....wfauzdin.blogspot.com
1Malaysia dua sistem cukai, di mana slogan rakyat didahulukan?
Guan Eng Selar Bajet Bercanggah Dengan Tema Belanjawan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak mennggambarkan temanya,' Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.
Tegasnya, bajet tersebut hanya untuk kemajuan golongan tertentu serta di tempat-tempat terpilih. Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan, sungguhpun mengalu-alukan pengurangan cukai kepada 26 peratus, tetapi apa yang mengejutkan tentang kadar pengurangan cukai 15 peratus di Wilayah Pembangunan Iskandar.
"Bagaimana ada pekerja dalam sektor 'knowledge economy' dikenakan kadar cukai 26 peratus tetapi di Wilayah Pembangunan Iskandar dikenakan cukai 15 peratus? Ini menimbulkan persoalan bagaimana 'Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.
"Saya rasa ini sangat tidak adil kerana menolak kemakmuran dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar Wilayah Pembangunan Iskandar. Ini termasuk negeri asal beliau sendiri iaitu di Pahang. Kenapa kadar cukai dikenakan 26 peratus di tempat lain?," tanya Guan Eng.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen sejurus selesai pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Isu EGM | Pas Perak tunggu penjelasan Tok Guru Nik Aziz
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak mahu membuat sebarang spekulasi yang hanya disiarkan melalui media massa.
“Eesok (Ahad) kita ada perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat untuk berbincang hal lain, tetapi dalam masa yang sama kita akan tentukan masa dan tarikh sesuai bagi mendengar penjelasan dari Tok Guru.
“Persoalannya di sini sekarang, kami tidak tahu sama ada kenyataan berkenaan adalah sahih atau tidak dari mulut Tok Guru, sebab itulah kami perlu mendengar penjelasan sebenar dari beliau,” katanya, semalam.
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain pula berkata, mereka tidak mahu campur tangan terhadap cadangan EGM yang dikemukakan oleh Nik Abdul Aziz itu kerana ada agenda yang lebih besar perlu disempurnakan.
“Apa pun keputusan biarlah Pas Pusat yang tentukan (EGM). Kita hanya fokus kepada proses pemulihan demokrasi dan pembubaran DUN Perak.
“Pada kami, inilah matlamat terdekat Pas Perak bagi merealisasikan perancangan untuk mengembalikan hak rakyat serta kestabilan politik negeri,” katanya.SH
Cadangan EGM Mursyidul Am,ahli di minta bertenang
KEMAMAN – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
meminta supaya ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, perkara tersebut InsyaAllah akan diselesaikan dengan seberapa segera, melalui pendekatan lazim yang diambil oleh PAS secara musyawarah, muzakarah atau pertemuan dari hati ke hati.
”Saya mengharapkan supaya semua ahli-ahli diperingkat bawah dan pimpinan diminta bertenang, InsyaAllah perkara ini kita akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi melalui konsep secara lazim yang kita lakukan,
”berdasarkan kepada pertemuan, muzakarah dan berbincang dari hati ke hati, dan InsyaAllah perkara ini akan diselsaikan dengan baik,”katanya yang ditemui ketika menghadiri satu program penerangan, di Chukai, dekat sini, semalam, 24 Oktober.
Beliau turut menyeru supaya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak kepada media diharap tidak akan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan.
Katanya, beliau yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan serta konsep ‘berlapang dada’ yang ada pada pimpinan PAS akan dapat menguruskan sebarang krisis sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.
”Kita penuh yakin kerana kekuatan yang ada pada pimpinan PAS didalam mengatasi pelbagai krisis (sebelum ini) kita berjaya, yang mana ketika menghadapi (isu) ‘Unity Government’ (sedikit masa) dulu,
”kita (dapat) lihat bagaimana suasana yang agak (meruncing seolah-olah) politik dalam PAS ini telah ‘bergoncang’,
”tapi AlhamduliLlah dengan kebijaksanaan, dengan konsep berlapang dada, dan juga konsep musyawarah yang dilakukan kepimpinan kita (PAS), AlhamduliLlah pekara itu dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.
Menurutnya, tindakan segera yang akan diambil PAS adalah mengaturkan satu pertemuan diantara Mursyidul Am dengan kepimpinan tertinggi bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya hasrat hati beliau.
”InsyaAllah kita akan bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, untuk (mendengar) dan berbincang apakah maksud hasrat dihatinya dan pandangan-pandangan yang kita perlukan (daripada) beliau,”ujarnya.
Katanya, beliau yakin dengan kaedah pertemuan tersebut dan percaya, semua pihak akan dapat menerimanya dengan baik.BO
Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu
Usrah Mingguan minggu ini di adakan di rumah ambo he..he..Kebetulan pulak naqib kami tidak dapat hadir. Tak seronoklah camni,tapi takpolah Usrah tetap di teruskan seperti biasa.Mungkin pembaca dah jemu, asyik2 Usrah Beris Pak Abu. Tapi maaflah ye doh ambo anak Kg Beris Pak Abu,nak buat camno.Sebagai warga yang berpegang pada prinsip di mana bumi di pijak,di situ langit(bulan) di junjung, menjadi tanggungjawab Ambo mengwar warkan segala kegiatan di Cawangan Ambo. Bukan nok nyoho(bermegah megah)tapi sekadar berkongsi pengalaman dengan semua pembaca yang tak jemu2 menyelusuri blog Ambo.Lagipun anak2 Beris Pak Abu di perantauan nak sangat tahu segala kegiatan di Kg mereka.Hilang juga rindu kat kampung katanya,entahla belalang he..he..Blog ini di hasilkan pun hasil dari idea ambo dalam Usrah,takkan tak nak cerita hal Usrah,tak baik la camtu betul tak.
Berbalik pada Usrah minggu ini,seperti biasa bermula dengan tahlil ringkas. Sesi pembacaan dibatalkan untuk memberi ruang yang lebih panjang pada Isu Semasa,nape ye? tak sebenarnya Beris Pak Abu sekali lagi di beri penghormatan sebagai tuan rumah Majlis Ceramah Umum anjuran Pas Kaw. Besut. Jadi perbincangan malam ini lebih menjurus kepada persiapan mengadakan ceramah tersebut.Ketua Penerangan Pas Kaw. Besut,Ust Syukri turut hadir memberi penerangan berkaitan ceramah yang akan di adakan.Hasil dari perbincangan akhirnya kami bersetuju melantik Ambo(Ketua pungutan Derma), Saperi Muda(Hidangan Penceramah danPersiapan Pentas)),Kamaruddin Yaakub(Ketua Gerai), Ismail Mat Ali(Ketua Pemasangan Bendera),Zaidi Said (Ketua Poster) dan yang lainnya akan turut bekerjasama menjayakan majlis ini. Kami juga bersetuju untuk bergotong royong menyediakan tampat pada Jumaat 23/10/2009.
P/S:Minggu depan Usrah di rumah Hj Said Husin.