KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas
dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu
membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan
masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam
Pilihan Raya 2013.
Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.“Satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang
berbaur hasutan. Kes disiasat di bawah Sek 4(1)(c) Akta Hasutan 1948,”
tulis polis dalam akaun Twitter mereka, @PDRMsia.
Di bawah undang-undang ini, sesiapa yang didapti bersalah akan
didenda tidak lebih dari RM1,000 bagi kesalahan pertama atau penjara
sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang
berulang, mereka yang didapati bersalah akan berhadapan dengan penjara
maksimum tidak lebih dari lima tahun.
“PDRM tidak akan teragak2 utk memburu/menangkap mana2 pihak yg
mencetuskan isu perkauman@ hasutan menerusi rangkaian media sosial ,
kata Ketua Polis Negara (KPN) dalam akaun Twitter rasmi polis.
Tan Sri Ismail Omar menambah, pilihan raya umum ke 13 yang dijalankan
pada Ahad lalu “berjalan lancar tanpa insiden yang besar dan semua
pihak menunjukkan kematangan melaksanakan demokrasi.”
Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan
“Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk
mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi
Melayu.
Ahli politik dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat
(PR) telah menyelar percubaan akhbar itu untuk menimbulkan ketegangan
kaum.