KUALA LUMPUR: Kadar premiun insuran kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai esok, Jumaat 15 Februari.
Maklumat
tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada
pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.
Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.
Bagi
perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan
kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2
untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga
kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34
setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan
komprehensif.
Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini.
Bank
Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran
secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.Hrkh