Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 9 Februari 2010
Saiful Dakwa Terima Ancaman " BUNUH "
KUALA LUMPUR, Feb 9 — Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pengadu dan saksi pertama kes liwat ketua pembangkang itu membuat laporan polis dia menerima ancaman bunuh menerusi rangkaian sosial Facebook.
Menurut Saiful Bukhari (gambar) seorang yang bernama ‘Anaz Zahari’ telah mengugut dia dengan memuatkan satu kenyataan pada ruangan Facebook peminat Anwar.
Mesej itu berbunyi, “ANAZ ZAHARI: Kepada kawan-kawan... sesiapa yang tahu atau berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana, adalah wajib untuk membunuh, menggunakan apa jua cara sekalipun demi keamanan manusia...”
Saiful berkata dia menerima maklumat itu menerusi satu emel daripada sumber yang identitinya tidak mahu diketahui.
Zambry Kekal MB Perak Yang Sah
Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Tok Guru Nik Aziz
Oleh Dinsman
Sewaktu artikel ini mula ditulis Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu penuh dibanjiri rakyat Kelantan yang datang untuk mendengar Tengku Razaleigh Hamzah berucap menyokong Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz menuntut supaya kerajaan pusat pimpinan Najib Tun Razak membayar hak royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Ini satu perkembangan yang cukup menarik dalam rentetan perjuangan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz menuntut hak royalti minyak tersebut. Tengku Razaleigh, seorang tokoh dalam pimpinan Umno, telah berjaya diikutsertakan ke dalam perjuangan ini, yang pada dasarnya adalah menentang pimpinan Umno.
Bukankah ini satu kejayaan dalam politik PAS/Pakatan Rakyat, khasnya pimpinan TG Nik Aziz? Ya, ini satu kejayaan! Apabila tokoh dalam pimpinan Umno sendiri menyertai satu agenda politik menentang Umno. Dan Tengku Razaleigh bukan seorang tokoh biasa dalam pimpinan Umno. Dia seorang tokoh yang berwibawa, yang dikenal dan diingat sebagai orang yang mungkin telah mengalahkan Dr Mahathir sebagai Presiden Umno, sekiranya tidak berlaku peristiwa ‘gelap lampu’ dalam pemilihan itu.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009