PEKAN 13 FEB: Dua siswa dan dua siswi dari kumpulan Gerakan Mahasiwa
PRU-13 diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4, dalam
Parlimen Pekan, pagi tadi.
Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan
mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda
berkenaan pada jam 11 pagi.
Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin berkata, kumpulan lima
individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan parang ke arah
mereka.
Menurut Safwan, kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat
serta mengarahkan beliau dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari
tempat kejadian.
“Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal),
kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang
kami bawa,” kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu
lagi.
“Kami beredar balik ke rumah penunjukkan arah yang terletak kira-kira
500 meter daripada tempat insiden berlaku,” katanya dipetik.
Ekoran itu, Safwan membuat laporan di Balai Polis Chini tengahari tadi.Ini serangan kedua selepas mahasiswa turun berkempen di kawasan Parlimen Datuk Seri Najib Razak itu.