Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 Jun 2010

Gambar : Sekitar Demontrasi Membantah Tindakan Kejam Israel Di Seluruh Dunia

Oleh : RBPM

1. Ramallah, Palestin
Protes di hadapan West Bank city di Ramallah




2. Paris, Perancis
Demontrasi berhampiran Champs Elysees, dekat dengan kedutaan Israel



Rombakan Kabinet : Tee Kiat Gugur,Palanivel Dilantik Timbalan Menteri

Tee Kiat digugurkan dari jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet hari ini.

Beliau digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai Menteri Pengangkutan baru yang sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan-palantikan lain iaitu:

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Mstar

PAS susun siri bantahan ke atas Israel



ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

Misi Gaza : 480 Aktivis Ditawan Tentera Israel

Rakyat Malaysia yang menyertai Misi Ke Gaza,adakah mereka antara 480 aktivis yang ditawan Israel? setakat ini nasib mereka belum diketahui...sama samalah berdoa untuk keselamatan mereka....

KUALA LUMPUR : Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.

Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain.Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel.

Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel.

PAS serah memo ke kedutaan Amerika bantah Israel



ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

Aktivis konvoi Gaza dihantar ke penjara


KUALA LUMPUR, 1 Jun: Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.

Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri.

Rejim Israel akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut tetapi mereka yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara.Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai sehingga malam tadi.

Lifeline4Gaza yang memetik sumber IHH melaporkan Turki menghantar tiga buah pesawat ke Palestin yang dijajah oleh Israel untuk membawa keluar para aktivis kemanusiaan ke negara itu.

Pasukan Bulan Sabit Merah negara itu turut menghantar empat sukarelawan ke Tel Aviv untuk memastikan keselamatan para aktivisi dan membawa balik mereka yang terkorban.

Aljazeera melaporkan bahawa identiti mangsa yang terkorban dan cedera semasa diserang tentera rejim masih ditutup oleh entiti haram Israel.

Laman web Sahabat Al-Aqsha pula melaporkan pada hari ini demonstarsi membantah tindakan kejam tentera rejim Yahudi menyerang misi bantuan kemanusiaan Gaza semalam diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika.Hrkh

Gambar : Kronologi Serangan Israel Keatas Kapal Misi Kemanusiaan Gaza


Kapal Misi Keamanan Gaza berlabuh di Cyprus sebelum bertolak ke Gaza
Kapal Marvi Mamara yang mengetuai konvoi bantuan ke Gaza
Syeikh Raed Solah(kiri) Tokoh Pejuang Palestine diberitakan cedera parah dalam serangan tentera Israel
Rakyat Malaysia yang menyertai Misi..nasib mereka belum diketahui

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....