HULU SELANGOR, 18 April — Tiga Ahli Parlimen Bebas termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dijangka akan muncul pada pentas yang sama untuk membantu Barisan Nasional (BN) hujung minggu ini.
Dua wakil rakyat Bebas itu ialah Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin.Ketiga-tiga mereka akan muncul pada pentas yang sama Jumaat ini.
Zahrain telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat Februari lalu manakala Zulkifli pula dipecat oleh parti itu bulan lalu.
The Malaysian Insider difahamkan Zahrain dan Zulkifli akan berkempen di sini selepas pulang dari Washington.