Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 26 Januari 2011

Gambar : Kempen PRK Tenang,Ceramah Pakatan Rakyat VS Ceramah BN Mana Yang Dapat Sambutan ???

Gambar gambar ceramah Pakatan Rakyat ini ambo cilok dari blog Pria Malaya.Cuba korang perhatikan Ceramah anjuran Pakatan Rakyat atau ceramah anjuran Umno yang mendapat sambutan pengundi Dun Tenang...

1. Ceramah kelompok 25/1/2011
Penceramah : Lim Guan Eng dan Cikgu Mala











Sumber: Tony Pua

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Terima Kunjungan Delegasi Dari China





Ahmad Maslan Tolak Cabaran Debat Mazlan Aliman



LABIS: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pada Rabu menolak ajakan presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.
Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden ANAK itu.
"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.
"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini.
Beliau berkata berkata Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.
ANAK menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

ANALISIS PRK TENANG : KEPUTUSAN TERPERINCI 2008,MAMPUKAH PAS MENANG ???

Proses berkempen dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang terus rancak.Baik daripada pihak Pas mahupun Umno.Dalam tempoh tersebutlah pelbagai provokasi,merayu undi,membuat janji dan bermanifesto dilakukan oleh calon-calon yang bertanding.Jika dalam artikel awal sebelum ini,penulis telah menulis satu artikel mengenai suasana pada hari pertama dan kedua berkempen,dalam artikel kali ini,lebih bersifat matematik dan berstatistik.
Dalam artikel kali ini,penulis ingin membawa kita semua berfikir dan meneka apakah Pas mampu menang dalam pilihanraya kecil kali ini?Kalau ya,berapa majoritinya?Dan kalau tidak sekalipun,berapakah pula perbezaan majoriti antara Cikgu Mala dan Tok Ai?Inilah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Secara asasnya,penulis tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Pas untuk menang di Dun Tenang.Walaubagaimanapun,belum cuba belum tahu.Angka tidak pernah tepat dan semua orang boleh bermain dengan angka.Siapa sangka Pas mampu menang di Sungai Abong dan Maharani?Jika pertolongan Allah itu telah datang,angka tidak lagi menjadi penghalang kepada faktor kemenangan Pas di Tenang.

Sebelum menulis dengan lebih lanjut,di bawah telah penulis lampirkan keputusan terperinci di Dun Tenang, mengikut setiap saluran peti undi dalam Pilihanraya Umum 2008:

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS

Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila mengetahui Pas mampu menang di tiga peti undi di Tenang sebelum ini iaitu di Peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis.Kemenangan ini juga adalah sangat bermakna memandangkan ketiga-ketiga kawasan ini adalah kawasan bandar dan rata-rata pengundi adalah daripada kaum Cina.Malah,Pas juga telah hampir-hampir menang di sebuah peti undi bermajoriti India iaitu di Ladang Labis Utara apabila hanya tewas dengan majoriti kecil 29 undi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....