KOTA BAHARU 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti ahli UMNO dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu.
Katanya, beliau tidak berniat mengganggu perasaan hati mana-mana pihak, jika pihak terbabit tidak mengganggunya.
Beliau juga bersyukur kerana dapat menemui Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan walaupun pertemuan itu tidak dirancang.
“Walaupun perjumpaan ini secara mendadak, dan saya terpaksa membatalkan program lain tapi ia semacam jaminan memberi positif untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini yang meminta beliau menjaga perasaan orang UMNO dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- BERNAMA
Inilah sikap Pemimpin Islam.Adakah sifat ini ada pada Najib dan kuncu kuncunya.Tidak mungkin bahkan mereka begitu sombong dan angkuh.Jika kamu ikhlas hai Najib berikan royalti minyak kepada Kelantan yang menjadi haknya,ini tidak lepas kaji, kaji.Begitu juga hak Kelantan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus diberi dan dilayan sama rata seperti negeri2 yang di perintah BN.18 tahun Kelantan di tindas adakah hanya mereka yang harus mengalah sedangkan kamu terus terusan meminggirkan Kelantan.Perbagai tohmahan di lemparka pada Tok Guru untuk meracuni fikiran rakyat Kelantan.Tapi rakyat tetap bersama Tok Guru.Berbagai kenyataan Tok Guru di putar belitkan oleh media suruhan kamu terbaru Utusan Melayu sehingga terpaksa melutut meminta ampun dari Tok Guru.Tapi Mursyidul Am Pas ini tetap tabah dan dapat mematahkan setiap serangan yang kamu lancarkan.Hidup Tok Guru.