Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 18 November 2009
Isu Royalti Petroleum Kelantan, Apa kata Ku Li
Isu Royalti Petroleum Kelantan, Apa kata Ku Li - Komen Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah mengenai Isu royalti dan lain-lain. Beliau yang juga Bekas Pengerusi Petronas bercakap kepada media di Lobi Parlimen pada 18 November 2009.Jiwokelate 2009
Najib-Anwar berjenaka sambil kena teh tarik di Parlimen
Baru hari Ahad lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Hari ni dia boleh gelak-gelak sambil pekena teh tarik dengan Najib pulak dah!Tapi tak pelah ini menunjukkan ketinggian budi pekerti Pemimpin Pakatan. Walaupun di serang dari segenap penjuru oleh Najib dan kuncu kuncunya Anwar masih cool dan dapat berbual mesra dengan mereka,kita hanya berbalah dalam Politik.Tapi ingat!!! LAWAN TETAP LAWAN!!!
Nasihat Muhyiddin Kepada Bekas ADUN Kota Siputeh
ROME, 17 Nov -- Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh berikutan kegagalan wakil rakyatnya menghadiri sidang Dewan tanpa kebenaran.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kecewa dengan sikap wakil rakyat terbabit, berkata setiap daripada mereka yang terpilih itu, perlu bertanggungjawab menunaikan tugas masing-masing untuk menghadiri sidang DUN.
"Saya kecewa... saya tidak mahu membuat apa-apa andaian kerana dalam situasi genting sekarang, kita perlukan wakil rakyat di peringkat nasional dan DUN, mengambil berat kehadiran dalam dewan.
"Itu sebahagian tanggungjawab utama kerana kalau tidak, semua masalah yang dihadapi pengundi tidak mungkin dapat dibawa ke sidang DUN," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menyampaikan pernyataan negara sempena Sidang Kemuncak Jaminan Bekalan Makanan Dunia di sini, Selasa.
Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.
Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi DUN Kota Siputeh.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata sebagai wakil rakyat, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sepenuh hati dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai wakil rakyat.
Menyatakan bahawa kehadiran mereka dalam sidang dewan bukan sahaja untuk memenuhi korum, beliau berkata: "Kalau kita malas dan tidak memberikan perhatian mengenai kehadiran, tidak bersuara dan tidak memberikan pandangan tentang isu masyarakat dan negara.
"Kita tidak dapat diberikan penghargaan oleh pengundi, kesannya esok kepada kita. Ini harus menjadi ikhtibar kepada semua wakil rakyat (BN)," katanya.
Beliau berkata Umno dan BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh sekiranya rayuan terhadap kekosongan kerusi berkenaan ditolak oleh mahkamah.
"Apa strategi yang disusun adalah untuk memastikan kita berjaya dan mengambilkira semua perkara dan atas dasar itu, kita yakin bersedia sepanjang masa untuk menghadapi pilihan raya kecil itu," katanya.
-- BERNAMA
Ulasan Tinta Hijau DKB:
Seorang Pemimpin yang tak tau malu.Bukankah beliau yang beria ria menyuruh Adun Kota Seputih terus menghadiri sidang walaupun Undang2 tubuh negeri Kedah menghalang dan Speaker tidak lagi mengiktiraf kedudukan Adun Kota Seputih.Selepas keputusan Mahkamah keluar barulah Muhyiddin terhegeh hegeh kononnya nak nasihat,sebelum ni kenapa tak nasihat.Barua punya Pemimpin.Satu tamparan hebat buat Muhyiddin,seperti kata P Ramlee terkelepak jatuh atas muka Director Ahmad Nispu he..he..eh sorry atas muka Muhyiddin,padan muke.....
Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.
Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.
Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.
Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.
Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.
Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.
Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.
Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.
Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiriHrkh
Dr. Asri Mengaku Tidak Bersalah
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini dengan ditemani bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri). Turut hadir memberikan sokongan ialah pengacara, Azwan Ali (kanan). Mohd Asri dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah dan dan minta dibicarakan.
Beliau dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pagi ini.
Pihak pendakwaan juga gagal dalam permohonan mereka untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Mahkamah turut menolak permohonan pihak pendakwa untuk menangguhkan prosiding bagi kes ini.
Keputusan tersebut dibuat oleh hakim syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad. Mstar
Tok Guru Nik Aziz Tak Bercita-cita Jadi PM
Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham. Jadi eloklah kita teliti kembali apa yang saya sarankan.
Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.
Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan.
Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini. Pemimpin saperti ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.
Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat.
Soal jawatan Perdana Menteri itu terserahlah kepada wakil-wakil rakyat Pakatan sesudah mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baru. Itu perkara mudah kerana Tok Guru pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi PM. Cadangan saya ini juga sama seperti dengan keududukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di UK yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti. Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang.
Yang penting sekarang ialah menentukan apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan kemenangan Anwar dan Pakatan Rakyat. Apakah yang akan menggerakkan tsunami politik baru untuk memberi kuasa kepada rakyat melalui Pakatan? Sesudah Mac 8, 2008, ada orang kata bahawa Pakatan seolah-olah sudah hilang tenaga sekarang. Menurut Merdeka Centre dalam kaji selidik baru-baru ini, BN masih lagi akan menang jika pilihan raya umum diadakan hari ini. Malah BN dikatakan tetap boleh mengekakalkan dua pertiga kerusi Parlimen. Begitu membimbangkan sekali persepsi ini terhadap Pakatan.
Itulah sebabnya saya mahu para penyokong kita tanpa mengira kaum dan agama berfikir bagaimana kita nak memperkukuhkan Pakatan dan cuba mencari cara dan pendekatan baru. Kita jangan cepat panik atau takut kepada perkara-perkara kecil dan sampingan yang memang menjadi adat politik. Yang penting kita mesti pastikan Pakatan tidak lari dari landasan utamanya iaitu menolak BN untuk memberi ruang bernafas kepada rakyat menikmati keadilan, demokrasi dan kebebasan yang sebenar tanpa dicengkam salah guna kuasa, rasuah dan diskriminasi.
Yang utama mestilah kemenangan Pakatan kerana ia bererti kejayaan kepada rakyat. Saranan saya bukan sahaja kepada rakyat untuk berusaha gigih ke arah mencapai matlamat ini tetapi juga kepada para pemimpin dan ahli komponen Pakatan supaya berkorban dengan bersikap jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Malah lebih baik lagi, para pemimpin dan ahli komponen Pakatan harus mengurangkan ketegangan dan salah faham sesama sendiri. Kita boleh buat demikian dengan cara bersabar dan bersifat maaf-memaafkan, cepat-cepat berbaik semula jika berlaku silap faham. Ingatlah rakyat mahu melihat kita bersatu sebelum kita merayu kepada rakyat untuk bersatu-padu menyatakan sokongan kepada kita.
Saya harap semua ini dapat diperjelaskan dengan jujur dan ikhlas di Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini. Saya juga harap kita dapat temui kata maufakat tentang hal-hal penting dalam Pakatan Rakyat, dan berusaha menjernihkan apa-apa yang keruh. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yang akan mengerjakan ibadat yang mulia ini di Tanah Suci Makkah. Semoga semangat baru untuk menegakan keadilan dan menolak kezaliman akan terisi di hati sanubari kita semua. Labbaik Allah humma labbaik. -Zaid Ibrahim
Adun Pelabuhan Klang Bersuara Dalam Dewan Negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akhirnya bersuara dalam Sidang Dewan Negeri hari ini apabila mengemukakan satu soalan lisan mengenai penyediaan perkhidmatan internet tanpa wayar di kawasannya.
Bagaimanapun, tanpa di jawab, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail menemplak Badrul kerana tindakannya yang baru menunjukkan muka selepas hampir 20 bulan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di Pelabuhan Klang.
Badrul turut memohon agar Pelabuhan Klang diberi keutamaan dalam penyediaan perkhidmatan Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN).
Rodziah berkata, beliau tidak akan menjawab soalan berkenaan kerana ia tiada kaitan dengan penyediaan perkhidmatan berkenaan dan menerangkan pelaksanaan projek tersebut harus mengikut jadual yang telah ditetapkan.
"Penyediaan infrastruktur Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN) di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Klang (Pelabuhan Klang) masih didalam peringkat perancangan Fasa II dan Fasa III dimana ia dijangka akan bermula pada awal atau pertengahan tahun 2011," katanya.
Rodziah berkata, kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan dua penyedia perkhidmatan internet tanpa wayar REDtone dan Packet One Networks untuk membangunkan infrastruktur berkenaan.
Sementara itu, bercakap kepada TvSelangor diluar dewan, Badrul bertegas soalan yang dikemukakan itu adalah untuk kepentingan rakyat di kawasannya.
Adun Pelabuhan itu turut menjelaskan bahawa penduduk kawasannya berhak diberi keutamaan kerana kawasannya itu merupakan salah satu sumber negeri Selangor.
"Saya bawa suara rakyat, rakyat kawasan Pelabuhan Klang dalam projek HyWIN dan banyak lagi," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan pembangunan Pelabuhan Klang beliau menjawab bahawa beliau bersedia berkhidmat dalam memenuhi kehendak rakyat.
"Saya nak berkhidmat untuk rakyat selagi ada hayat, kebanyakanya untuk rakyat. Saya tak suka aktiviti mewah-mewah ini, pesta-pesta saya tak suka," katanya.
Menurut Badrul lagi beliau akan segera membuka Pusat Khidmat Masyarakatnya di sekitar Pelabuhan Klang.TVS