Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 13 Jun 2011

Sekitar Perbicaraan ' Rasuah ' Khir Toyo

SHAH ALAM: Pereka lamab, Nasir Ismail memberitahu, bahwa dia hanya menuruti permintaan Dr Mohamad Khir Toyo untuk menyediakan surat yang menyatakan nilai pengubahsuaian rumah di Seksyen 7, di sini ialah RM600,000 walaupun mendakwa nilai keseluruhannya adalah melebihi RM6juta.
Menurut Nasir, surat tersebut disediakan selepas Mohamad Khir memerlukan surat bagi tujuan formaliti kerana berhasrat untuk membeli rumah tersebut dan dua lot tanah itu daripada syarikat Ditamas Sdn. Bhd.
Kata saksi lagi, jumlah RM600,000 itu juga dicadangkan oleh Mohamad Khir.
"Waktu itu dia adalah MB (Menteri Besar) Selangor, apa dia suruh saya buat," katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.
Semasa disoal balas oleh peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi tidak bersetuju bahawa surat itu adalah satu perjanjian kerana menurut saksi, dia tidak boleh menandatangani sebarangperjanjian ekoran status dirinya yang bankrap.
Merujuk kepada surat tersebut, Nasir seterusnya berkata, dia menerimapembayaran sebanyak RM100,000 menerusi sekeping cek bertarikh 4 Jun2007, namun tidak dapat mengingati jika dia ada menerima dua lagi keping cek bernilai RM100,000 (bertarikh 8 Ogos 2007) dan RM200,000 (10 September 2007).
Pada keterangan lain, Nasir, 55, menafikan dakwaan Athimulan yang mengatakan berlaku pergaduhan antara dia dengan Mohamad Khir yang didakwa berpunca apabila Mohamad Khir tidak menjelaskan bakinya sebanyak RM200,000.
Sebaliknya, saksi menjelaskan pergaduhan tersebut berlaku antara dia dengan isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik yang dikatakan tidak menggemari konsep Bali yang dibuatnya.
Nasir yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ketiga juga mempertahankan keterangannya bahawa nilai pengubahsuaian rumah tersebut melebihi RM6 juta dan bukannya antara RM600,000 hingga RM1.5juta seperti yang dicadangkan oleh Athimulan.
Selain itu, Nasir juga mengakui bahawa dia tidak menyimpan sebarang dokumen seperti resit menyebabkan dia tidak dapat mengingati dengan jelas semasa ditanya oleh Athimulan berhubung pembayaran cek-cek bagikerja-kerja pengubahsuaian.
Athimulan: Kamu tidak ingat atau tidak mahu ingat? Wang penting bukan?
Nasir: Saya lebih tumpukan pada kerja. Pasal akaun saya tidak berapaingat kerana saya orang seni. Saya tumpukan pada kerja-kerja untukmencantikkan rumah. Duit penting juga.
Saksi seterusnya berkata, dia tidak dapat mengingati dengan tepattarikh setiap kali Mohamad Khir didakwa menyerahkan wang kepadanya,melainkan mengatakan ia diberikan secara tunai.
"RM500,000 diserahkan di dalam sebuah beg. Wang diserahkan di kediamanrasmi MB Selangor dan waktu itu hanya ada saya dan Mohamad Khir,"tambahnya.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud, saksimemberitahu dia tidak menyediakan resit atau menyimpan dokumenpenyerahan wang kerana Mohamad Khir beritahu 'tak payah pakai resit'.
Dalam perkembangan berkaitan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa beliau tidak mempunyai pilihan selain mematuhi arahan bekas Menteri Besar (MB) Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo agar membeli dua lot tanah dan rumah di Seksyen 7, di sini pada tahun 2004.

Presiden Switzerland arah harta Taib Mahmud disiasat

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland.
Di dalam suratnya dengan tajuk “Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia” bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser, Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority), sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram, untuk siasatan.
Yayasan Bruno Manser adalah satu badan bukan kerajaan yang berpengkalan di Switzerland dan berjuang menentang rasuah Taib di Sarawak. Ia ditubuhkan sebagai tanda ingatan kepada Bruno Manser, pejuang alam sekitar yang hilang di secara misteri di dalam hutan Sarawak selepas bertahun-tahun berjuang menetang pembalakan haram yang mengganggu kehidupan orang Penan di Sarawak, lapor Sarawak Report.
Di dalam suratnya itu, Micheline menyatakan bahawa pihak berkuasa negaranya mengambil serius kebimbangan di peringkat antarabangsa tentang kemungkinan Taib mengambil untung secara haram daripada rasuah hasil pembalakan di Sarawak. Beliau sendiri menyatakan rasa tidak gembiranya kemungkinan aset daripada rasuah itu dilaburkan di Switzerland.
Di dalam suratnya itu Micheline menegaskan bahawa perjuangan menentang rasuah dan mengembalikan semula dana yang dibawa keluar secara haram ke negara asalnya adalah satu keutamaan buat kerajaan Switzerland.
“Bertahun lamanya kita memperjuangkan usaha mewujudkan satu pusat kewangan yang bersih, dengan undang-undang anti pembersihan wang yang menyeluruh yang mengandungi tanggungjawab pelaporan oleh institusi kewangan, terutamanya apabila ia melibatkan wang daripada orang politik.
“Walaupun kita mempunyai pelbagai cara untuk mencegah perkara ini, jika kita dapati aset yang berasal daripada kegiatan jenayah ada dalam sistem kewangan Switzerland, kita tidak akan teragak-agak untuk mengembalikan semula wang tersebut kepada negara asal.

Fitnah Seks : Musuh Sengaja Tembak Peluru Busuk, Kata Isteri Mat Sabu

KUALA LUMPUR 13 JUN : Isteri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Normah Alwi kecewa dan sedih ada pihak “luar” membangkitkan balik fitnah lama melibatkan suaminya sebelum dan selepas muktamar parti itu baru-baru ini.

“Ya, cerita itu muncul kembali sebelum dan selepas muktamar (PAS) terbaru ini. Memang saya amat kecewa, sedih bila suami kembali difitnah, diperkata,” kata Normah dipetik Sinar Harian hari ini.
Dalam temu bual dengan ditemani Mohamad yang mesra dikenali “Mat Sabu”, Normah berkata, musuh politik timbalan presiden itu “sengaja menembak peluru busuk.”“Mereka menggunakan benda sebegini kerana mereka sendiri bergelumang dengan perkara jijik.“Mereka sebenarnya tiada isu untuk menjatuhkan suami saya,” kata beliau.Mohamad menang kerusi nombor dua itu dalam percubaan kali kedua pada pemilihan pusat 3 Jun lalu.
Beliau menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Normah, 56, juga berkata kemenangan Mohamad kali ini adalah anugerah Allah.“Kemenangan akan datang tidak pernah saya bayangkan atau fikirkan.
“Kami juga tidak pernah berbincang sehingga ke tahap itu,” kata Normah menjawab soalan kemungkinan Mohamad akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan bergerak ke depan dalam politik selepas ini.Mohamad pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini.“Malah setahu saya bercita-cita menjadi presiden PAS sekalipun suami saya tidak pernah.

“Jika apa yang anda katakan itu berlaku, saya akan terima dan jalani kehidupan seadanya. Beraksi mengikut sepatutnya,” kata beliau lagi.

Mohamad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua kali iaitu dari 1984 hingga 1986 dan 1987 hingga 1989.

Kes khalwat pada tahun 1995, sebelum pilihan raya umum ketika itu, muncul lebih “panas” daripada peristiwa-peristiwa lain yang pernah dilalui suami Normah itu.Beliau telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

The Malaysian Insider membawa laporan pagi tadi memetik penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas Mohamad, pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat, akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan ada menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata “Skandal Seks Mat Sabu”, dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihanraya Turki : Parti AK Pimpinan Erdogan Menang Besar

Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan dengan ditemani isterinya Emine Erdogan melambai ke arah penyokong mereka di ibu pejabat Parti AK, Ankara, semalam. — Foto Reuters

ANKARA, 13 Jun — Parti AK pimpinan Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan memperoleh kemenangan selesa buat kali ketiga berturut-turut tetapi perlu mendapatkan konsensus parti pembangkang untuk meminda perlembagaan negara itu.

Erdogan, yang menjadikan Turki Muslim sebagai antara negara yang sedang melalui pertumbuhan pesat di dunia dan mengakhiri kitaran penggulingan kuasa tentera, memperoleh 50 peratus undi di Parlimen dalam pilihan raya yang diadakan semalam.

Keputusan itu, yang dijangka merangsang pasaran kewangan hari ini, bermakna Parti AK perlu berganding dengan parti-parti lain bagi meminda perlembagaan yang telah ditulis 30 tahun lalu ketika pemerintahan tentera.

“Perlembagaan baru memerlukan konsensus dan dialog dengan parti-parti lain dan juga keseluruhan masyarakat,” kata Cengiz Aktar, seorang profesor di Universiti Bahcesehir di Istanbul, kepada Reuters.

“Kita akan lihat sama ada Erdogan bersedia untuk yang ini dengan majoriti yang diperolehnya atau akan pergi sendiri untuk meletakkan pandangannya ke atas Turki - dalam keadaan di mana kita akan ada satu situasi yang sukar,” kata beliau.

Keputusan semalam adalah yang terbaik sejak Parti AK berkuasa sejak 2002 tetapi tidak cukup dua pertiga untuk memanggil referendum berhubung perlembagaan baru.

Keputusan awal dengan mengambil kira 99.8 peratus undi yang sudah dihitung, Parti AK memperoleh 49.9 peratus undi atau 325 kerusi, kurang lima kerusi daripada jumlah yang diperlukan untuk memanggil plebisit.

Pada Parlimen lalu, ia menguasai 331 daripada 550 kerusi yang diperuntukkan.

Pengkritik bimbang Erdogan, yang terkenal dengan reputasinya tidak suka pertentangan pendapat, kemungkinan akan menggunakan kemenangan bagi memperkukuhkan kedudukan beliau, membataskan kebebasan dan mendakwa penentangnya.

Tetapi dalam ucapan kemenangan di Ankara beliau berjanji akan bekerjasama dengan pesaing politiknya.

“Rakyat memberikan kami mesej untuk membina perlembagaan baru menerusi konsensus dan perundingan.

“Kami akan membincangkan soal perlembagaan baru dengan parti-parti pembangkang. Perlembagaan baru ini akan memenuhi tuntutan keamanan dan keadilan,” kata beliau. — Reuters

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....