Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 4 November 2011
Nazri Aziz Hina Mahkamah ???
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, kenyataan Nazri itu sekali lagi menghakis sistem pengasingan kuasa badan eksekutif dan kehakiman di negara ini.
“Nazri Aziz cuba bermain dengan terminologi undang-undang dengan mendakwa kononnya keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya satu pandangan institusi kehakiman sahaja.
“Namun, hakikatnya, majoriti rakyat menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Auku bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau melihat kenyataan menteri itu juga sebagai ‘amaran’ terhadap mahasiswa bahawa usaha memansuhkan undang-undang zalim sangat sukar di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Auku bukan sekadar undang-undang lapuk, malah ia kerap dimanipulasi kerajaan Umno BN untuk mengekang kebebasan mahasiswa sejak ia dilulus parlimen pada 1971,” katanya.
Oleh itu, beliau mendesak pentadbiran Najib memberi jawapan segera secara rasmi bahawa Auku perlu dimansuh selaras dengan keputusan yang dibuat mahkamah itu.
“Kerajaan perlu akur bahawa prestasi akademik di Malaysia yang kian merosot adalah disebabkan kewujudan Auku yang menyekat kebebasan akademik,” katanya lagi.
Pada 31 Oktober lalu, mahkamah rayuan memutuskan seksyen 15 (5) dalam AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya yang terlibat dalam parti politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
Keputusan itu dibuat secara majoriti apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor April 2010.Keadilandaily
Gambar : Najib & Rosmah Dikawal Ketat Di Mekah
Begitulah yang berlaku semasa Najib dan Rosmah mengerjakan ibadah haji. Seramai 23 orang askar Arab Saudi diperlukan untuk mengepong mereka bagi memastikan tiada jemaah haji lain yang dapat datang menghampiri dan berasak-asak dengan mereka.
Fadhilat ditinggalkan, hanya kerja haji yang dibuat. Antara tujuan mengerjakan ibadah haji adalah merasai pengorbanan, keperitan, kesusahan para anbiya' terdahulu dengan tidak membezakan pangkat, darjat, kuasa, harta dan sebagainya.Beriya-iya pengawal mengepong mereka. Selepas ini mungkin mereka akan mendapat gelaran HAJI KEPONG.Ajijoi