Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 29 November 2012

Abby Abadi Mengaku Tidak Pernah Mengundi

 Abby menjadi juri pertandingan memasak bersempena program Bicara Hijrah Selebriti, semalam.

Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.

“Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

“Kuasa politik penting kerana melaluinya dasar atau hukum Islam dapat ditegakkan dan saya kini memahami bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan,” katanya pada program Bicara Hijrah Selebriti Bersama Abby Abadi di Cherang Ruku dekat sini, semalam.

Turut hadir, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim serta isteri, Bidah Abdul Kadir, Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dan penceramah jemputan, Khairul Ikhwan.

Abby Abadi berkata, kerajaan mesti menjadikan hiburan sebagai medium membentuk keperibadian masyarakat, bukannya menggalakkan maksiat.

“Seingat saya Jakim  (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pernah mengeluarkan garis panduan untuk industri hiburan tapi kerajaan tak mahu pakai kerana alasan mereka kaum bukan Islam juga ramai menjadi artis," katanya.

Pemimpin Umno katanya, terdesak dalam usaha menarik sokongan rakyat sehingga menuduh Pas ‘tidak betul’ kerana sejak akhir-akhir ini membawa artis ke pentas politik.

“Kalau sekarang Pas tak betul kerana bawa artis, maknanya dulu betul tapi mereka (Umno) tak sokong juga, nampak sangat mereka hanya mencari jalan untuk memburukkan Pas,” katanya.

Beliau yang popular dengan watak Inspektor Aliza dalam drama Gerak Khas bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berhijrah kepada kehidupan lebih baik sebagai umat Islam.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....