Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Ogos 2012

PRU 13 : DS Anwar sah pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti.
“Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini
.
Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi.

Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU ke-13.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.

Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. — Bernama

Pindaan seksyen 114A terpakai kepada Pemuda Umno ???

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Beban menyediakan bukti berada di bahu Pemuda Umno untuk menunjukkan bukan mereka yang menaikkan poster kontroversi di laman Facebook pergerakkan tersebut yang menyatakan mengundi Pakatan Rakyat (PR) bersamaan dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia — disebabkan pindaan undang-undang baru-baru ini, kata peguam.

 Pemuda Umno mendakwa bahawa orang yang meletakkan poster kontroversi “tidak diberi kuasa” dan  laman Facebook tersebut bukan milik pergerakkan tersebut.

Poster yang dinaikkan Sabtu lalu telah dikeluarkan pada hari yang sama, mencadangkan bahawa undi kepada PR akan menyebabkan agama Kristian menggantikan Islam sebagai agama rasmi negara.

Tulisan yang tertera di poster tersebut berbunyi, “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son (Tuhan merahmati anda).”

Jika Pemuda Umno dibawa ke mahkamah ke atas posting di Facebook yang tidak mereka lakukan, ia akan menjadi ujian bagi seksyen 114A  yang baru dikuatkuasakan dan telah mendapat tentangan meluas daripada orang ramai.

Peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Seksyen 114A akan memberi suatu anggapan bahawa Pemuda Umno telah menerbitkan poster tersebut, tetapi menambah bahawa “fakta ini masih belum diuji di mahkamah” lagi.

Salah satu yang dicipta oleh seksyen 114A akta keterangan adalah jika ada penerbitan, dan entiti mempunyai nama, gambar atau nama samaran yang muncul di dalamnya menggambarkan sebagai sebagai pemilik, tuan rumah, pengarang, atau pengarang atau dalam apa-apa cara yang membuktikan penerbitan itu, entiti tersebut dianggap telah menerbitkan ia.

“Tetapi katakanlah, untuk apa jua alasan, Pemuda Umno didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempromosikan kebencian yang diantara masyarakat Islam dan Kristian, anggapan fakta akan beroperasi,” kata Syahredzan.

Azwan Ali Kecam Umno Dan TV3 Peralat Ibunya Di Aidil Fitri

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed
Azmin Ali.

“Hari baik bulan baik? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.

Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.

“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya. Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.Bloglist Malaysia

BN boleh laksana hudud jika ikhlas


SHAH ALAM – Umno tidak perlu menunggu Pas menyertai Barisan Nasional (BN), hanya untuk melaksanakan undang-undang Islam atau hudud, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Menurutnya, jika Umno ikhlas, undang-undang Islam itu telah lama dilaksanakan tanpa perlu campur tangan Pas.

“Mereka berkuasa untuk laksanakannya. Mereka berkuasa gubal undang-undang. Mengapa tidak dari dahulu ia dilaksanakan?

“(Matlamat) mereka menuntut kerjasama Pas hanyalah agenda politik. Mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan hasrat ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Harun berkata, Umno perlu menunjukkan komitmen mereka jika mereka bersungguh-sungguh mahu melaksanakannya.

“Undang-undang Islam bukan melaksanakan hudud semata-mata. Jika Umno berhasrat, laksanakan dahulu dan kemudian kita akan nilai,” katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan BN membangunkan sebuah negara Islam.

Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno berkata, BN amat mengalu-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR) dan hudud hanya dapat dilaksanakan jika Pas menyertaiUmno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.SH

Gambar : Umat Islam Di Israel Sambut Aidilfitri





Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....