Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 22 Januari 2012

Video : DS Anwar Mengulas Tindakan Peguam Negara Memfailkan Rayuan Kes Liwat


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.

Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar.

"Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes."

Pejabat Peguam Negara memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab."Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?".TVS


Parti Islam Menang Besar Pilihanraya Parlimen Mesir

(gambar fail) Rakyat Mesir meraikan kemenangan parti Islam pada pilihanraya parlimen Mesir

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir semalam mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti-parti Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.

Dengan keputusan itu juga, FJP kini sudah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.

Wartawan BBC di Kairo, Jon Leyne dalam laporan terkininya berkata, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bagaimanapun bukan parti pemenang pilihanraya itu.

Video : Bersih 3.0,Auntie Bersih Seru Warga Tua Keluar Berdemo



Anne Ooi atau Auntie BERSIH, menyeru orang-orang yang sudah lanjut usia, sebaya dengannya agar bangkit dan keluar menentang segala penipuan Umno dan BN.

Katanya, setelah beliau tahu segala penyelewengan yang berlaku, beliau terus bangkit dan keluar ke jalanraya.

“Orang-orang wanita memang telah ramai (bangkit) saya minta orang tua, macam saya, supaya bangkit dan keluar,

“bila minta demo, minta keluar untuk BERSIH 3.0, saya harap dapat melihat orang-orang tua (keluar),”tegasnya.Beliau antara warga emas yang sudah melepasi umur 60-an, menjadi panelis Forum BERSIH yang diadakan di Kuala Terengganu pada Jumaat 20 Januari.BO

Video : Ceramah ABU Di Jalan Kebun Shah Alam Diserang





KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Umno bertanggungjawab terhadap insiden program Asal Bukan Umno (ABU) malam tadi di Jalan Kebun, Shah Alam.

NGO pimpinan Ketua PKR Rembau itu, Badrul Hisham Shaharim itu juga meminta polis bertindak secara profesional ke atas insiden tersebut.Katanya, kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1Malaysia.

“Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?” katanya dalam kenyataan hari ini.Dalam kejadian semalam 20 pemuda menjerit kepada kaum India yang berada di dalam dewan tersebut.Kata Chegu Bard, malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan.

Cedera dan rosak

“Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan.“Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

“Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan.“Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalami kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah,” tambahnya.

Chegu Bard berkata, petugas dengan beberapa hadirin yang kebetulan yang baru datang berjaya menenangkan keadaan.Katanya, kumpulan pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan.

“Kira kira empat atau lima anggota polis datang, tetapi jumlah mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kira-kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku,” katanya lagi.FMT

Rosmah, Najib dicabar saman akhbar Australia



KUALA LUMPUR, 22 Jan: Rakyat sedang menunggu apakah penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor dan juga suaminya Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan akhbar Australia semalam.Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.

"Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....