Yong Teck Lee kiri dan Zahid Hamidi kanan
Malaysia makin celaru, kini Menteri KDN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang membuat tawaran untuk tampar dirinya.
Semalam Zahid menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.
Katanya, Yong Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.
“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya,” katanya.
Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas KM Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.
Tawaran dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu di mana Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik.
Sumber