KOTA BARU, Feb 21 —Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Raja Perempuan Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital Singapura.
Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.
Elia Suhana dilaporkan pernah cuba mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu tetapi gagal.
Baginda menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak pertengahan tahun 2009.
Elia Suhana, 31, telah diberikan kebenaran dua kali dalam seminggu oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Yusof Daud pada 4 Feb lalu untuk menziarahi Sultan Kelantan.
Beliau mendapat perintah lawatan pagi Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.