Saudara mara Koperal Sirul menanti di luar Mahkamah Rayuan Puterajaya pagi tadi.Gambar ~ The Malaysian Insider
Anggota polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar
meninggalkan penjara masing-masing hari ini selepas dilepaskan dan
dibebaskan daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia
Altantuya Shaariibuu.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Azilah
meninggalkan Penjara Kajang pada jam 11.45 pagi selepas selesai proses
dokumentasi.Koperal Sirul Azhar pula dibebaskan dari Penjara Tapah
"Azilah balik dari Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk beberapa proses
dokumentasi serta mengambil barang kepunyaannya sebelum meninggalkan
penjara bersama keluarganya," kata Zulkifli ketika dihubungi di Kuala
Lumpur.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada sebelah pagi, melepaskan dan membebaskan
Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh Altantuya tujuh tahun
lalu.
Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton
Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan
hukuman mati yang dikenakan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas
membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar terhadap sabitan dan hukuman. -
Bernama, 23 Ogos, 2013