KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari
ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor,
Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan
sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang
pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!!
Justifikasinya, dengan keputusan ini,
UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara
bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana
pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman.
Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo
hari ini adalah ‘jawapan’ UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti
dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.
Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan
bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari
ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu. Pendakwaan ke
atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu ‘ringan’ kerana dia dituduh
dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan
Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat
hukumannya.Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda.
Selain dari itu, maklumat yang penulis
perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak
mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana
satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir
Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.