Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 27 Disember 2014
Jumaat, 22 Ogos 2014
Kenyataan Khalid Samad Bukan Pendirian Pas
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan
Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar,
bukan menggambarkan pendirian PAS.
Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.
"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.
"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.
Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.
Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif.
"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.
"Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya. - Hrkh

Senarai Pimpinan PKR Sesi 2014-2017
PETALING JAYA 21 OGOS: KEADILAN hari ini mengumumkan senarai baharu Majlis Pimpinan Pusat bagi penggal 2014-2017.
Keputusan Pemilihan 2014 itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul pada sidang medianya di ibu pejabat parti pagi ini.
Berikut adalah senarai tersebut:
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden: Mohamed Azmin Ali
Naib Presiden:
1. Nurul Izzah Anwar
2. Tian Chua
3. Shamsul Iskandar
4. Rafizi Ramli
2. Tian Chua
3. Shamsul Iskandar
4. Rafizi Ramli
Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
1. Latheefa Koya
2. Hee Loy Sian
3. Christina Liew
2. Hee Loy Sian
3. Christina Liew
4. Fariz Musa
5. Elizabeth Wong
6. Ali Biju
7. Yaakob Sapari
8. Shuhaimi Shafie
9. S Manikavasagam
10. Azmizam Zamanhuri
11. Siti Aishah Shaik Ismail
12. Yunus Jamhari
13. Leong Jee Keen
14. Zakaria Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. G Manivanan
18. M Ravi
19. Abdullah Sani
20. Gooi Hsiao Leung
5. Elizabeth Wong
6. Ali Biju
7. Yaakob Sapari
8. Shuhaimi Shafie
9. S Manikavasagam
10. Azmizam Zamanhuri
11. Siti Aishah Shaik Ismail
12. Yunus Jamhari
13. Leong Jee Keen
14. Zakaria Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. G Manivanan
18. M Ravi
19. Abdullah Sani
20. Gooi Hsiao Leung
Khamis, 21 Ogos 2014
Istana sahkan Sultan Selangor berangkat pulang lusa
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka
memendekkan percutian luar negaranya dan akan kembali ke tanah air pada
23 Ogos ini.
Perkara itu disahkan sumber dari Istana Selangor ketika dihubungi Bernama hari ini. Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos.
Sebelum ini, Sultan menitahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung
kedudukannya sebagai Menteri Besar sehingga baginda pulang pada 27
Ogos.
Abdul Khalid berkata sementara menunggu tempoh itu, beliau akan
meneruskan tugas seperti biasa sebagai menteri besar bersama-sama empat
anggota Exco daripada Pas. - Bernama
Selasa, 19 Ogos 2014
Mahathir 'pukul' Najib tapi sindir MT Umno
KUALA LUMPUR: Kritikan terbuka Mantan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya bukan sahaja kepada pentadbiran Datuk
Seri Najib Razak, tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) Umno secara
keseluruhan.
Setiausaha Umno Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin, berkata seluruh MT Umno sewajarnya memahami bahawa kritikan tersebut sebenarnya ditujukan kepada mereka selaku pemutus dasar parti.
Ini kerana katanya, amalan dan dasar yang dipakai adalah 'parti menguasai kerajaan' dan MT Umno adalah badan penasihat kepada Najib.
"Dr Mahathir tak nak cakap (terus terang) sahaja sebenarnya. Kalau ikutkan, dia nak cakap suruh MT Umno berhenti sahaja lah.
"MT tidak berfungsi. Najib tak pernah ditegur oleh MT. Ramai orang berkepentingan di dalamnya dan takut untuk menegur Najib," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Mahathir terhadap Najib melalui blognya semalam.
Dalam tulisan itu Mahathir menyatakan beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau juga berkata, terpaksa terus menegur Najib kerana tidak ada pemimpin yang berani menegur Perdana Menteri itu.
"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima," kata beliau dalam blognya chedet.cc.

Tan Sri Khalid Mohon Maaf Pada Rakyat Selangor
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini secara terbuka meminta
maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik
pertikaian menteri besar.
Bercakap
di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan
integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri
terlibat sama.
"Minta
maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa,
kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa
menghadapinya.
"Minta
maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini.
Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti
Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Khalid
turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah:
"Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya,
maka tunggulah saat kehancuran."TMI
Krisis MB Selangor dedah siapa Pas sebenarnya
WALAUPUN Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan. Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.
Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.
Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.
Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.Dakwaan bahawa Pas berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.Geng yang menuduh Pas tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.
Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, Pas tetap dengan komitmen bersama PR.
Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

Isnin, 18 Ogos 2014
Video Sidang Media TG Nik Aziz Dan TG Hj Hadi
KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika Menteri Besar Selangor
masih lagi sebagai ahli PKR.“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.
Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.
Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.
Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi.
“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.
Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

MB Selangor : Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi penjelasan
kepada Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan keputusan
Pas semalam
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden
Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa
Ali di sini, hari ini."Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya kepada pemberita.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.
“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.
Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.
“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.
“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya.
Sumber : Harakahdaily & Sinar Harian

MB Selangor : TG Nik Aziz Enggan Ulas Keputusan Pas,Kenapa ???
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu
mendengar penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih
dahulu sebelum membuat kenyataan berhubung keputusan parti itu
mengemukakan dua nama calon Menteri Besar Selangor.
Enggan mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, Abdul Hadi akan bertemunya esok di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim dan segala-galanya akan dijawab selepas pertemuan itu nanti.
“Saya tidak boleh sebut sebelum beliau (Abdul Hadi) membuat kenyataan kerana itu peraturan, namun saya bersyukur pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut, walaupun mereka lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik,” katanya hari ini.
Menurutnya, beliau tidak mahu penyokong Pas terlalu membicarakan sesuatu isu sehingga boleh merumitkan keadaan.
“Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah memperkatakan itu dan ini yang akhirnya akan merumitkan keadaan, apa pun kita berdoa kepada ALLAH mudah-mudahan Pakatan Rakyat kekal,” katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ahad, 17 Ogos 2014
MB Selangor : PR Hanya Hantar Nama W.Azizah,Azmin Tarik Diri
Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden
PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar
Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.
"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan menteri besar.
"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.
Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.
PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.
Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Terkini : Tan Sri Khalid Akur Dengan Keputusan PAS
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda
tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari
ini.
Beliau
berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status
menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang
dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.
"Dengan
perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk
memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
"Sehingga
Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan
Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak
terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.
Pada
mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.
Parti
Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali
sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.
Dua nama
itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan
berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca
kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pas Kekal Dalam PR,Cadang Azmin Dan W. Azizah Sebagai MB
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk
mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata keputusan itu dicapai sebulat suara melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jam 10.10 pagi, hari ini.
"Nama yang dicadangkan oleh Pas ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat Exco Selangor yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal menyandang jawatan masing-masing.
Sementara itu, ketika ditanya sebab menolak Abdul Khalid terus meneraju kerusi nombor satu itu, Mohamad hanya menjawab, "...dia sudah bukan ahli PKR. Kami pegang pada tahaluf siyasi."
Sinar Harian Online difahamkan, kedua-dua nama tersebut bakal ditentukan untuk jawatan menteri besar itu dalam mesyuarat PR, petang ini.

Alhamdulillah,Mesyuarat Pas Pusat Berjalan Dengan Lancar Dan Harmoni
Para
pemimpin PAS bakal menentukan masa depan Pakatan Rakyat dan PAS dalam mesyuarat
yang dipengerusikan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. –
Gambar Harakahdaily
Mesyuarat
Jawatankuasa PAS Pusat yang dijangka panas hari ini berjalan dengan lancar
serta harmoni dan berjaya diselesaikan dalam masa tidak sampai satu jam
setengah.
Menurut
seorang ahli mesyuarat itu, presiden PAS berjaya mengendalikan mesyuarat dengan
baik dan keputusan dicapai dengan sebulat suara dan tamat jam 11.30 sekejap
tadi.
"Alhamdulillah,
mensyuarat berjalan dengan lancar dan keputusan dicapai sebulat suara. Presiden
PAS mengendalikan mesyuarat dengan baik," kata seorang ahli mesyuarat
ketika menghubungi The Malaysian Insider.
Katanya,
keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dalam satu sidang media tidak lama lagi.
Mesyuarat
yang paling ditunggu-tunggu tahun ini itu dijangka panas dengan pelbagai pihak
membuat ramalan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan di dalamnya.
Utusan
Malaysia meramalkan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan penyokong Majlis
Syura Ulama dan kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat
ini.
Jumaat, 15 Ogos 2014
Krisis MB Selangor : Kenyataan Datuk Husam Musa
Saya
memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu
sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun
sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang
sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.
Tikus
lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.Namun
begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan
berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.
Beliau
boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam
lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.
Perkembangan
lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam
dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya,
akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada
rakyat Selangor.
Tan Sri
sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli
mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.Tan Sri
sedar sepenuhnya hal ini?Kerajaan
Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimana
seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus
menjadi menteri besar PR?Tan Sri
memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain
lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.
Tindakan
ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong
menteri besar yang sudah hilang legitimasi.Ia
merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.
Untuk
memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan
lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan
gabungan yang lain.
Setahu
saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan
kedudukan itu.
[ Video ] Krisis MB Selangor : Kenyataan Terkini SU Agung Pas
KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan keputusan mereka menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.
"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini."Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik Pas, malam ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.Menurutnya, mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.
"Kita akan menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bakal memanggil mereka untuk memberikan penjelasan," katanya.Ditanya mengenai kedudukan empat Exco Selangor daripada parti berkenaan, ia turut dibincangkan namun keputusan akhir hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat Isnin hadapan.
"Menurut Undang-Undang Tubuh Negeri, sekurang -kurangnya empat Exco perlu wujud untuk menggerakkan pentadbiran di negeri ini."Mereka bertugas disebabkan rakyat dan bukan kerana kepentingan peribadi," katanya.SH
Khamis, 14 Ogos 2014
Krisis Selangor : Biarlah Kita Mati Dalam Jemaah ~ Adun Pas Meru
Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani meminta semua rakannya
terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.
"Apa
terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun
PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP
menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar
Selangor.
Tindakan
mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi
memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.
Hasnul
Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang
media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN
Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.
Hasnul,
Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan
Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.Dr Rani
yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, ntara perkara pokok
kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.
"Selain
akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan
bermesyuarat."Segala
keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun
bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya
dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan
menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.
"Saya
doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan
kita," katanya.TMI
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009