Dua warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 (kiri) dan Delavar Syed
Mohammad Reza, 30, yang dikenal pasti menggunakan pasport curi untuk
menaiki penerbangan MH370
PETALING JAYA: Polis antarabangsa (Interpol) telah mengenal pasti suspek kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sebagai Delavar Syed Mohammad Reza, 30, seorang warganegara Iran.Tetapi berkata kedua-duanya mungkin bukan pengganas.
Setiausaha Agung Organisasi Polis Antarabangsa Richard K. Noble berkata kata Delavar dan suspek pertama yang juga warganegara Iran, Pouri Nour Mohammadi sebelum ini dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terbang dari Doha ke Kuala Lumpur dengan pasport Iran pada 28 Februari.
Bercakap pada sidang akhbar di Lyon, beliau berkata, mereka kemudian menggunakan pasport warganegara Austria dan Itali yang dicuri untuk menaiki penerbangan MH370 itu.
Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan bahawa kedua-dua mereka itu adalah pengganas adalah kecil. "Terdapat spekulasi mengenai sama ada dan betul atau tidak ini merupakan serangan pengganas."
Dalam tempoh 24 jam yang lepas anda melihat perubahan cerita, tetapi ia menjadi lebih pasti bahawa individu-individu itu mungkin bukan pengganas," katanya.Mstar
LAGI ARTIKEL BERKAITAN KEHILANGAN PESAWAT MH370 DISINI