Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka
KOTA BHARU: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat mendoakan kesejahteraan dirinya agar diberi kekuatan
untuk bersama-sama seluruh pemimpin Pakatan Rakyat bagi menumbangkan
Umno dan BN.
Permintaan itu dibuat ketika bertemu Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka, Sabtu lalu.Anwar menyifatkan pertemuan itu memberikan inspirasi, kekuatan dan
semangat kepadanya bagi menghadapi fitnah dan konspirasi politik yang
dihadapinya sejak sekian lama.
"Saya memohon jasa baik Tuan Guru supaya mendoakan kesejahteraan saya bagi menghadapi situasi saya kini," ujar beliau.Anwar yang hadir di Kota Bharu dalam menjayakan siri ceramahnya
berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru ketika menunaikan solat Subuh
berjemaah.
Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail,
Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir, Adun Gucil, Mohd Roslan Puteh,
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR negeri, Muhammad Hisomuddin Bakar
dan para pimpinan PKR negeri.
Anwar berkata, bayangan kuasa rejim BN yang hampir jatuh ekoran
kebangkitan rakyat dan Pakatan Rakyat menjadi mimpi ngeri Umno dan BN.Katanya, Pakatan Rakyat perlu dilihat kukuh dan mampu meyakinkan
seluruh rakyat bahawa ia bersedia mengambil alih kerajaan ekoran
kegagalan ketara kerajaan BN sekarang menangani isu-isu membabitkan
kepentingan rakyat dan negara.
Sementara itu, Tuan Guru begitu terharu dengan kunjungan Anwar malah
terkilan kerana tidak dapat turut berceramah bersama Ketua Pembangkang
itu kerana keuzuran.Dalam tazkirahnya Tuan Guru berkata, pihak musuh tidak akan senang dengan perjuangan Islam.
Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan kekentalan jiwa Anwar yang
tabah menghadapi fitnah dilemparkan para pemimpin Melayu sendiri akibat
takut hilang kuasa.Hrkh