SHAH ALAM – Dua lagi komponen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan
kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kononnya
perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu satu usaha mahu menggulingkan
kerajaan, sebagai pandangan melucukan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Najib itu
amat lucu kerana mustahil untuk menggulingkan sebuah kerajaan hanya
dengan membawa botol-botol air mineral.
“Kalaulah benar tujuan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan untuk
menggulingkan kerajaan, sudah pasti mereka akan membawa senjata dan
destinasinya, bukan ke Dataran Merdeka, sebaliknya ke Putrajaya.
“Sebenarnya, kerajaan sedang menggunakan pendekatan menakut-nakutkan rakyat dengan sekatan maklumat dan dalam masa yang sama, menutup soal pokok yang menjadi tuntutan sebenar Bersih 3.0 diadakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dalam satu dibuat di Gua Musang semalam, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.
"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen turut mendakwa, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib adalah supaya rakyat terus mempertahankan sebuah kerajaan yang ‘kotor’ termasuklah cara pemilihan wakil rakyat yang tidak adil.
Ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir, Mahfuz berkata, kenyataan itu adalah tidak tepat.
“Kalaulah kesemua peserta Bersih itu dibenarkan duduk di Dataran Merdeka, pasti semua masalah yang timbul pada hari berkenaan tidak akan berlaku.
“Kami hanya ingin duduk dan menyatakan bantahan dan menuntut agar diadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Itu sahaja,” katanya.