Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 20 September 2011

Mat Sabu Ditahan Sebelum Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Petang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Ulasan :

Tahniah diucapkan diatas kecekapan polis dalam menangani kes Mat Sabu, tetapi jangan ingat rakyat tidak boleh menilai apabila banyak kes lain yang semacam dibiarkan berlarutan terutamanya dari pemimpin BN dan umno.

Seperkara lagi, janganlah kerana laporan yang salah dan fitnah oleh akhbar "pecacai" umno seseorang didakwa dengan berbagai tuduhan, yang buat fitnah dibiarkan lepas.

Sumber

Video : Rumah Mat Sabu Diserang !!!




SHAH ALAM 20 SEPT : Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cuba dibakar individu yang tidak dikenali tengah malam tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya pagar rumah terbakar dipercayai akibat balingan bom petrol.

Anak perempuan Mohamad, Nurul Huda, 27 menceritakan kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam itu.

Beliau mendapat panggilan telefon dari jirannya dan kelibat dua lelaki yang melarikan diri ke jalan utama, sejurus sebelum pagar rumah itu dijilat api.

"Saya terkejut turun bawah tapi api dipadam jiran saya, pagar dah dibakar. Jiran saya kata dia nampak sebelum itu dua lelaki berlari arah jalan besar, selepas mereka berlalu baru nampak pagar terbakar," katanya kepada TV Selangor.

Menurut Nurul, kira- kira lima jiran membantu beliau sebelum kedatangan polis, setengah jam kemudian.

Nurul yang juga seorang peguam bersama polis menjumpai sebuah bekas plastik yang separuh cair dipercayai menjadi bekas minyak tersebut.

"Disyaki minyak bercampur petrol. Saya nampak tong plastik selepas terbakar..macam tong isis minyak. Menurut polis tong itu tong racun serangga," jelasnya.

Nurul yang tinggal seorang diri kerana keluarganya berada di Pulau Pinang menyatakan keluarga Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telahpun mengambil langkah bersedia selepas bapanya menerima SMS ugutan beberapa minggu lalu.

"Sebenarnya kami sekeluarga dah berhati-hati sejak terima sms ugutan. Ayah ada terima sms nak bagi asid kepada mak dan saya," katanya

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

SMS ugutan tersebut berbunyi,

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."TVS

Lebih 170,000 pengundi kod 71, majoritinya di negeri Pakatan

KUALA LUMPUR: Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengesan kewujudan 170,818 pengundi misteri yang memegang kad pengenalan berkod 71, kata Pengerusinya, Suhaizan Kaiat( gambar ).

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 57.32 peratus atau 97,923 merupakan pengundi berdaftar di negeri Pakatan Rakyat.

“Masing-masing di Kedah seramai 5,793 orang, Pulau Pinang (12,799), Kelantan (15,345) dengan jumlah tertinggi berada di Selangor mencecah 29,758.

“Bagi Perak, yang dirampas Umno BN, jumlahnya juga tinggi iaitu seramai 16,680 selain Wilayah Persekutuan berjumlah 17,548,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Suhaizan berkata, kesemua pemilik nama sudah pun dimasukkan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi suku ke dua tahun ini.

“Berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasmi jabatan itu,” katanya.

Oleh itu, beliau mendesak JPN memberi jawapan segera mengenainya.

“Penting diambil perhatian, angka ini tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah PAS Selangor berjumlah 1,597 orang sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dalam Kes Mismah misalnya, individu itu juga memegang kod kad pengenalan 71 dan bukan 61 seperti sepatutnya.

Fakta itu boleh dirujuk di laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri.

Justeru itu beliau menjangkakan lebih ramai pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran wujud dalam DPI bagi suku ke-3 2011 dan akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Persoalannya, mengapa JPN menggunakan kod negara 71 padahal setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang ditetapkan JPN sendiri.

“Bilangan ini sangat mencurigakan dan ini mungkin satu lagi starategi terancang Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya ‘dengan apa cara seklipun?’

“Pemuda PAS juga berharap Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Binti Mohd Said ‘dalam keadaan sihat’ bagi memudahkan menjawab persoalan ini,” katanya.

Sebelum ini, Jariah memberi alasan ‘sakit’ selepas Suhaizan mendedahkan isu itu secara konsisten sejak beberapa bulan lalu.Keadilandaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....