Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 17 April 2010
Gambar Gambar Pemimpin Pakatan Dan BN Di Hari Penamaan Calon Hulu Selangor
Fakta Dan Statistik Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor
HULU SELANGOR: Berikut adalah fakta dan statistik mengenai pilihan raya kecil Parlimen P.094 kerusi Hulu Selangor.
Calon-calon bertanding:
Johan Mohd Diah (Bebas)
P. Kamalanathan (Barisan Nasional)
V.S. Chandran (Bebas)
Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat).
Sebab kekosongan:
Kematian Datuk Dr Haji Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac 2010.
Tarikh Penamaan Calon:
17 April 2010 (Sabtu)
Tarikh Pengundian:
25 April 2010 (Ahad)
Daftar Pemilih Induk (DPI):
DPI 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac 2010.
Jumlah Pengundi:
64,500 pemilih, terdiri daripada 63,701 pemilih biasa dan 799 pemilih pos.
Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi:
Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.
Pusat Mengundi:
Sebanyak 48 yang melibatkan 47 buah sekolah dan satu dewan orang ramai dengan 136 tempat mengundi (saluran).
Pegawai Pengurus:
Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Daerah Hulu Selangor.
Jumlah petugas pilihan raya: 1,343 orang.
Keputusan pilihan raya umum Mac, 2008:
Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR)23,177 undi.
Datuk G Palanivel (BN) 22,979 undi.
Dr Zainal menang majoriti 198 undi. - BERNAMA
Penamaan Calon Hulu Selangor:Samy Vellu,Dua Pembantu Cedera
Bagaimanapun dua orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu cedera apabila cuba menyelamatkan Presiden MIC itu daripada terjatuh pada kawad berduri yang dipasang oleh pasukan polis.
Sekatan kawad itu dipasang di kedua-dua laluan utama ke pusat penamaan calon.
Rombongan BN juga nyaris terlewat untuk memasuki pusat penamaan calon disebabkan banjiran ribuan penyokong mereka.
Kehadiran ribuan penyokong menyebabkan situasi tolak-menolak di kalangan mereka sehingga ada yang hampir terjatuh pada kawad berduri dipasang polis.
Saingan empat penjuru di Hulu Selangor
Himpunan Bantah APCO 1 Malaysia Di Terengganu
Himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) dimulakan sebaik selesai jamaah masjid menyemprnakan solat Jumaat.
Antara yang berucap dalam himpunan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha, Wan Faizul Abas, Ketua Penerangan, Sheikh Hanafi dan Exco DPPNT Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Himpunan tersebut turut membakar bendera Negara Israel, menjadi lambing syarikat Apco Worldwide yang telah dibayar sebanyak RM77 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menasihatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.
Antara program yang dikaitakan dengan perundingan Apco adalah program 1 Malaysia yang telah dipopularkan oleh Najib.BO