Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 17 Disember 2011
Biadab !!! Kartun Utusan Hina Dan Perlekeh Tok Guru Nik Aziz
Kartun Utusan Malaysia yang secara jelas menghina dan memperlekeh Tok Guru Nik Aziz
UTUSAN Malaysia
sekali lagi cuba mencari masalah apabila media milik UMNO ini
menyiarkan kartun yang secara jelas menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat sebagai orang tua yang sudah terlalu uzur tapi masih mahu
bertanding dalam pilihanraya akan datang.
Penghinaan ini adalah lanjutan dari desakan sama yang dibahaskan perwakilan UMNO dalam perhimpunan mereka beberapa minggu lepas.
Menyandarkan
kepada polemik semasa di dalam PAS yang memperlihatkan pertelagahan
beberapa pihak dengan kumpulan yang pro Datuk Dr. Hasan Ali berhubung
pencalonannya dalam pilihanraya akan datang. Utusan mengambil peluang
untuk menangguk di air yang keruh dengan menghinakan Tuan Guru
pula,Sedangkan apa salah Tuan Guru?
Beliau
secara jelasnya tidak berpihak dalam isu ini sebaliknya mengarahkan
pemimpin yang mempunyai masalah sesama mereka agar merujukan masalah
tersebut kepada Pesuruhjaya Negeri masing-masing untuk mencari jalan
penyelesaian.
Seperti yang telah
disebut, soal pencalonan Tuan Guru dalam piliharaya datang, bukan sama
sekali masalah mana-mana pihak. Ia adalah keputusan yang dibuat dan
ditentukan sepenuh oleh Majlis Syura Ulama dan
jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang ditubuhkan di dalam PAS.
Ketika
ini memang kesihatan Tuan Guru sedikit terganggu, ini adalah lumrah
kepada orang yang berusia 80 tahun sepertinya. Tapi itu sama sekali
tidak menghalang Tuan Guru dari menjalankan tugas hakikinya sebagai
Menteri Besar Kelantan dan ADUN Chempaka dalam masa yang sama.Tuan Guru masih lagi sihat dan aktif walaupun pergerakannya sedikit terbatas akibat dari keuzuran.
Penulis
juga melihat apabila Utusan menggambarkan Tuan Guru seperti seorang
tua bongkok, pada penulis itu adalah satu bentuk penghinaan bukan
sahaja kepada Tuan Guru dan PAS, malah juga semua ulama secara
keseluruhannya. Menjadi seorang ulama itu sendiri tidak ada tempoh
luput melainkan maut, selagi mampu, dakwah perlu diteruskan walaupun
terpaksa menongkat dagu.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009