Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 23 November 2010

Parlimen: Kecoh !!! Noh "Diserang" Ahli Parlimen Pembangkang

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar(gambar) pada Selasa 'dibelasah' beberapa ahli Parlimen pembangkang berikutan kenyataannya yang mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memang 'layak' dipukul.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebelum itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat meminta penjelasan mengenai kenyataan Noh yang disifatkannya seolah-olah menggalakkan tindakan kasar.

Bagaimanapun apabila Noh menyatakan akan memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Fong, tindakannya itu mengundang reaksi ahli Parlimen pembangkang yang lain dengan menjerit 'samseng'.

Namun Noh tetap meneruskan jawapannya dengan memaklumkan bahawa Ng telah melanggari undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit.

Noh sekali lagi 'dihujani' dengan jeritan ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee kemudiannya mencelah dan mengingatkan menteri dan ahli Parlimen bahawa isu berkenaan tiada kaitan dengan perbahasan yang sedang berlangsung.

Namun beliau tetap gagal mengawal perbalahan tersebut yang berterusan hampir 15 minit.

Fong akhirnya sekali lagi bangun dan berkata: "YB Menteri telah memalukankabinet dengan sikap samsengnya. "Dengar baik-baik Yang Berhormat Menteri, mujurlah tidak ada rombakan kabinet. Mengapa menteri kata ADUN Sekinchan 'layak' diperlakukan begitu? Mengapa menteri menggalakkan satu tindakan kasar seperti itu?"

Noh akhirnya menjelaskan bahawa beliau akan menyelesaikan isu berkenaan secara peribadi dengan Ng.

Ng yang merupakan wakil rakyat DAP mendakwa ditumbuk oleh sekumpulan 30 orang yang tidak dikenalinya di Tanjong Karang ketika beliau hendak bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Bagaimanapun Noh sebelum ini menafikan dakwaan Ng kononnya aksi samseng di kampung Sawah Sempadan itu dilakukan oleh ahli Umno.Mstar

PM Terima Gaji RM22,826.65 Mulai 2004

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

Video : Pegawai Kanan Yayasan Selangor Direman 7 Hari


SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor direman selama tujuh hari bermula Selasa, berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 yayasan tersebut.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Khairul Nizam Abu Bakar pada pukul 12 tengah hari dan pegawai tersebut yang difahamkan adalah pengerusi pengelola majlis tersebut direman untuk membantu siasatan.

Pegawai yang berusia dalam lingkungan 40-an itu tiba di mahkamah pada pukul 11.45 pagi dengan diiringi oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Difahamkan, pegawai itu ditahan oleh SPRM dan dibawa ke pejabatnya di tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dekat sini pada pagi Isnin.

.Pada 12 November lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 15 November lalu.

Baginda membuat keputusan tersebut selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang melebihi RM300,000 untuk majlis itu.

Pada 15 November lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Bagaimanapun, seorang lagi pengurus besar yayasan tersebut dilaporkan berkata, kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Difahamkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu telah dibatalkan.

Pada 14 November lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pegawai kanan tersebut telah diarahkan bercuti dengan gaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.Mstar

Kes Liwat Anwar: Karpal gesa saksi didakwa hina mahkamah

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Dalam satu lagi perkembangan dramatik pagi ini, pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seorang saksi kes liwat kedua ketua pembangkang itu dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Peguam utama Karpal Singh mendakwa patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng iaitu saksi pendakwa ketiga (SP3) telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawa Kanun Keseksaan kerana “mencampuri pentadbiran kehakiman.”

Karpal berhujah bahawa Dr Siew, yang enggan mengemukakan atau merujuk kepada laporan ‘proforma’ ketika sesi pemeriksaan balas, telah merujuk kepada dokumen itu ketika waktu rehat prosiding.

Pasukan Anwar mahu Dr Siew agar merujuk kepada laporan itu dan mengemukakan ketika sesi pemeriksaan balas, tetapi enggan dibuat oleh Dr Siew, meskipun tidak boleh ingat sedikit pun kandungannya.

Laporan ‘proforma’ merujuk kepada satu bentuk atau satu senarai yang dilengkapkan sebelum mengendalikan pemeriksaan ke atas pesakit.TMI

Presiden Iran lelong kereta Peugeot miliknya

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.

Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.

"Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa," kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut.

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih.

Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu. - AFP

Video : Ada kumpulan pengganas dalam negara kita?





Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta Kementerian Luar memberikan laporan lengkap mengenai peranan pusat serantau Asia Tenggara yang diwujudkan bagi mencegah keganasan antarabangsa.

Berbahas di peringkat jawatankuasa Kementerian Luar di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, rakyat hanya diberitahu kononnya wujud beberapa kumpulan pengganas di rantau ini namun tidak pernah dinyatakan maklumat lengkap.

"Adakah benar-benar berlaku dalam negara kita ada kumpulan pengganas dalam erti kata yang sebenar?

"Kita hanya mendengar kononnya ada kumpulan Al-Qaeda, JI, Kumpulan Abu Sayaf dan sebagainya jadi kita mahu dapat maklumat yang terperinci daripada Kementerian Luar Negeri tentang peranan pusat ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Salahuddin turut berkata, kementerian seharusnya memberikan penjelasan mengenai segala aktiviti pusat itu dan sejauh mana kejayaan yang telah dicapai.

"Kita ingin dapat perkembangan daripada pusat ini. Apakah aktiviti yang telah dijalankan dan sejauh mana kerja pengintipan yang telah dilakukan dan sejauh mana rekod-rekod boleh didedahkan," katanya.

Selain itu, beliau juga meminta kementerian menjelaskan dasar umum yang disepakati kerajaan berhubung jenayah rentas sempadan yang semakin kritikal membabitkan Malaysia dan luar negara.

Jenayah itu, ujarnya melibatkan pengedaran dan penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan kes rakyat asing yang melakukan jenayah bersembunyi di negara ini dan sebaliknya.

"Apakah dasar-dasar umum yang telah disepakati dan sejauh mana perkembangan terhadap penyelesaian jenayah-jenayah rentas sempadan yang semakin kritikal dan memerlukan komitmen keselamatan kedua-dua negara," katanya.

Turut disentuh beliau mengenai isu hak asasi dan sosial pekerja Indonesia di negara ini yang belum selesai.

Menurutnya, penyelesaian isu ini memerlukan iltizam yang kuat daripada kedua-dua negara.

"Masih terdapat isu-isu yang belum dapat mencapai kata sepakat seperti mana yang diharapkan.

"Saya minta menteri dapat menjelaskan mengenai perkara ini supaya negara kita tidak mempunyai masalah untuk menerima kehadiran mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu di negara ini," katanya.Hrkh

Nama Baru Pakatan Rakyat ???


PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution (gambar) berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.

"Itulah kali terakhir kita bertemu mereka dan sehingga kini kita belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS. Kali terakhir kita bertemu ROS beberapa bulan lalu, mereka cadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah dengan perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia bagi cerminkan imej nasional.

"Tapi sampai sekarang kita tunggu... belum ada apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan kepada ROS untuk menjadi gabungan rasmi pada November tahun lalu bagi menggunakan satu lambang.

Bagaimanapun semalam BERNAMA melaporkan Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan pakatan pembangkang untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat menghadapi masalah dari segi ideologi parti komponennya, Saifuddin berkata pihak gabungan itu tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya hanya berkaitan soal taktikal.

"Apa yang disuarakan ialah kebimbangan jika kita gunakan satu lambang untuk bertanding pada pilihan raya iaitu kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman.

"Apa yang mereka faham apabila disebut pilihan raya (pertandingan) antara BN (Barisan Nasional) atau Umno lawan PAS... itu sahaja. Mereka kenal lambang dacing untuk BN dan lambang bulan untuk PAS.

"Apabila kita adakan satu simbol, lawan politik boleh kata PAS tak bertanding tahun ini sebab tak ada (lambang) bulan. Ini satu contoh yang kita dikautiri akan sebabkan kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman," katanya.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....