Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 9 Oktober 2011

Bersih 2.0 : Koperal Polis Jadi Kambing Hitam ???

Pegawai polis dilihat di luar perkarangan Hospital Tung Shin pada 9 Julai 2011. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai “kambing hitam” memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu.
“Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam.
“Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?” kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider.
“Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat,” kata Chin.
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.
Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas.
“Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar,” kata beliau.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.
“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata beliau.
Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.
“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital,” kata beliau lagi.

Hudud : Kelantan dicadang lantik Harussani sebagai pemerhati

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Kerajaan negeri Kelantan dicadang melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pemerhati perlaksanaan hudud di negeri itu.

Cadangan itu dilontarkan Dewan Pemuda PAS Perak ekoran pandangan Harussani yang menasihatkan agar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Kami bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani untuk menjayakan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tersebut.

"Kami juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kelantan melantik Tan Sri Harussani sebagai pemerhati bagi pelaksanaan Hukum Hudud tersebut," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-His.

Menurutnya, pandangan mufti Perak itu amat bertepatan dan seharusnya disokong oleh semua pihak bagi melihat sendiri contoh yang akan dilaksanakan Hukuman Hudud di sana.

"Malah kami yakin pandangan Tan Sri Harussani terhadap Hukum Hudud di Kelantan sudah tentunya ianya berasakan sepertimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, mereka menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Harussani di dalam isu pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tersebut.

"Malah kami tekankan sekali lagi bahawa kami sanggup bekerjasama dengan siapa sahaja asalkan untuk menjayakan perlaksanan Islam dan bukan seperti Umno yang bertarik tali dengan MCA di dalam isu Hukum Hudud ini," tegasnya.Hrkh

Provokasi Semasa Berceramah Di Labis,Ulasan Mat Sabu

LABIS- Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan tindakan pihak yang cuba melakukan provokasi pada majlis ceramahnya di Labis seolah-olah masih berada di alam primitif.

''Kita kena keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.'' tegasnya.

Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan perkara ini dengan katanya adalah suatu yang tidak bertepatan dengan amalan demokrasi dalam negara ini dengan cara mengganggu majlis orang lain.

''Kita memilih jalan pilihan raya. Ini cara amalan demokrasi bukan mengancam majlis orang. Ini tindakan yang tak betul.'' ujarnya.

Semalam Mtd Pas Benut melaporkan wujudnya cubaan menggagalkan majlis ceramah sehingga mengakibatkan seorang petugas Jabatan Amal cedera dibaling batu sewaktu bertugas mengawal lalu lintas di Labis.

Beliau menambah lagi dengan katanya amalan demokrasi yang sihat adalah memberi ruang kepada rakyat melakukan perbandingan dengan penyampaian dasar parti masing-masing, bukan membuat 'kacau'.

Sebaliknya menurut beliau lagi dengan menimbulkan ketegangan itu, ia tidak mendatangkan kebaikan bahkan lebih memburukkan lagi keadaan.

''Kalaulah UMNO buat penerangan, kami tak menghalang untuk pergi dengar. Dia (UMNO) buat sebelah sana. Kita (PAS) buat sini. Buat perbandingan. Inilah amalan demokrasi yang sihat. Kalaulah UMNO buat ceramah, Unit Amal ganggu, sayapun tak setuju'' terangnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) dan Kempen Mansuhkan Hutang Peneroka di Dataran Cikgu Mala, Pekan Labis, dekat sini, jumaat lepas.

Beliau berkata lagi bahawa negara-negara maju dilihat jauh lebih matang dalam pengamalan demokrasinya dan mengharapkan agar negara ini mengikut cara yang diamalkan oleh kebanyakan negara dalam dunia.

''Kalau kacau orang dengan cara yang tak elok ini bukan amalan demokrasi bagi negara maju seperti Eropah, Jepun. Semua orang dah keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.

''Sudahlah guna tv-radio. Tak cukup, guna akhbar. Kita tak kisah. Kita harap, kita dah lama merdeka, kita sudah semakin matang bukan makin teruk'' ujarnya lagi.

Pada majlis yang sama kaunter pendaftaran ahli baru dibuka kepada orang ramai dengan melibatkan beberapa NGO seperti BANGKIT, KERABAT, ANAK dan Jabatan Amal.

Hadir sama, Dato' Dr. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj. Adly Zahari, Pesuruh Jaya PAS Melaka.

Video : Penjelasan Hudud Oleh Dewan Ulama' Pas




KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang 'kabur' tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan.
Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengharapkan golongan profesional khususnya orang-orang Melayu dan Islam supaya berbincang dengan dada yang terbuka dan fikiran yang lapang.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa perlaksanaan Hudud dan Qisas hukuman yang keras dan kejam serta menzalimi kaum wanita.

Katanya golongan tersebut sebenarnya telah meletakkkan tanggapan yang 'serong' terhadap syariat Islam.

"Kalau mereka melihat dengan cara yang baik, mereka tidak akan mengatakan wanita diketepikan bahkan mereka mesti menyebut wanita diberi penghormatan yang tinggi oleh Islam,"tegasnya ketika mengulas kenyataan sebuah NGO Sisters In Islam yang dilaporkan terus menolak perlaksanaan hudud dan Qisas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lujnah Penerangan pada Khamis, 6 Oktober, di sini.

[Gambar - turut serta adalah ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu]

Beliau menjelaskan Hudud dan Qisas tidak menolak wanita untuk menjadi saksi, namun meletakkan lelaki terlebih dahulu kerana beban penyaksian tersebut.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya tidak ada saksi lelaki, dua orang wanita boleh menggantikan seorang saksi lelaki.BO

Video : Panas !!! Mat Sabu Berhujah Dengan Wakil Perkasa Di Rembau





Perkasa cuba mengganggu dan menghalang Ceramah Mat Sabu dan Chegu Bard di Rembau pada 6 okt 2011 lalu.Namun usaha mereka gagal apabila berjaya dihalang oleh Unit Amal dan SAMM.

Dua orang Wakil Perkasa telah dibawa bertemu dengan Mat Sabu dan mereka turut menyerahkan memorandum pada Bang Mat.

Dalam pertemuan itu mereka 'dibasuh' cukup cukup oleh Bang Mat dan beliau mengambil peluang memberi tarbiyah dan penerangan tentang apa yang sebenarnya berlaku...

Artikel berkaitan baca DISINI dan DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....