Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 6 Mac 2010

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI NORDIN SETELAH DI PECAT PKR


ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT
Sabtu: 20 Rab’ul Awal 1431 / 06 Mac 2010

Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat MPP/PKR yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat daripada PKR.

Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.

Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya (a person can only be tried by his own peers). Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam.

Ku Li bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas ?


Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, apabila dewan rakyat bersidang pada bulan ini?
Sumber maklumat dari PKR memberitahu MerdekaReview, bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kiri) yang melontarkan kritikan secara terbuka kepada UMNO sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lantaran daripada isu royalti minyak di Kelantan, bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas.
Ketika menjawab soalan MerdekaReview melalui email, ahli parlimen Gua Musang, Kelantan ini menafikan bahawa dirinya akan berbuat demikian pada persidangan dewan rakyat yang akan datang.  Walau bagaimanapun, beliau enggan meramalkan apa yang bakal berlaku pada beberapa bulan yang akan datang.
"Itu tidak benar.  Tetapi sukar untuk memberitahu apa yang akan berlaku pada beberapa bulan yang akan datang.  Sentiasa hubungi saya," (This is not true.  However it's hard to tell what happens next over the coming months.  Please stay in touch.)  jawabnya secara ringkas.
Anwar bersemuka dengan Tengku Razaleigh?
Sebagaimana yang dimaklumkan, PKR terus berunding dan melobi Tengku Razaleigh agar keluar parti atau "melompat" ke PKR sejak beberapa bulan kebelakangan ini.  Malah, dalam perundingan yang terbaru, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dikatakan sendiri bersemuka dengan Tengku Razaleigh.  Menurut sumber, apa yang dibincangkan termasuklah keahlian UMNO Tengku Razaleigh dan peranannya sebagai ahli dewan rakyat bebas di Parlimen.
Ada sumber yang memberitahu MerdekaReview bahawa perbincangan tentang keluar parti belum mencapai persetujuan; namun ada juga sumber yang mendakwa bahawa muafakat telah dicapai antara Tengku dengan PKR, iaitu beliau akan memainkan peranan sebagai ahli parlimen bebas semasa persidangan pada Mac 2010.  Tengku dijangka akan mengambil ketetapan dirinya, yang bercanggah dengan pendirian UMNO, misalnya dalam usul pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

PKR pecat Zulklifi Noordin

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.
Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.
Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian. Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.
Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.Mkini

Hina Agama Kristian,Majalah Terbitan Kumpulan Utusan Mohon Maaf


KUALA LUMPUR, 6 Mac — Majalah Al-Islam terbitan Kumpulan Utusan, memohon maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian berhubung laporannya tahun lalu berdasarkan satu siasatan dengan mengintip tentang dakwaan ada kegiatan mengkristiankan remaja Islam di gereja-gereja Katolik.
Dua pemberita Al-Islam membuat pengakuan itu melalui tulisan bertajuk “Tinjauan Al-Islam dalam gereja — mencari kesahihan remaja Melayu murtad” dalam majalah terbitan Mei 2009.
Mereka mengikuti upacara Kristian termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar — dianggap menghina Katolik dan menimbulkan provokasi.
Majalah itu berkata “secara tidak sengaja (laporan ini) telah menyinggung penganut Kristian khususnya masyarakat Katolik”.
Permohonan maaf itu dimuatkan dalam laman web penerbit majalah itu, Utusan Karya - tiga hari selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tidak akan mendakwa dua pemberita majalah berkenaan kerana “tindakan keras tidak membawa kepentingan kepada keadilan, keamanan dan keharmonian pada ketika ini”.
“Saya pernah membuat keputusan serupa pada masa lalu dalam kes-kes yang keadaannya juga agak sama melibatkan agama lain, di bawah keadaan itu mengambil tindakan serius tidak mendatangkan kepentingan kepada keadilan,” katanya.

Krisis MCA: AGM Pemuda ditangguh kerana perwakilan tidak hadir




Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda MCA kali ke-46 yang sepatutnya diadakan hari ini terpaksa ditangguhkan berikutan jumlah perwakilan yang hadir tidak mencukupi untuk membolehkan perhimpunan dijalankan.

(Perwakilan pemuda tidak hadir memaksa AGM ditunda. - foto malaysiakini)

Penangguhan itu telah dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda, Datuk Dr Mah Hang Soon pada pukul 10.45 pagi tadi.

Keadaan itu telah memberi tamparan hebat buat presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk mempertahankan kedudukannya sebagai presiden dalam pemilihan 28 Mac ini. Ia juga dilihat sebagai kayu pengukur sejauh mana sokongan para perwakilan terhadap presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat yang kini tersepit.tas

Kesihatan Tok Guru Nik Aziz Beransur Pulih,Di Pindahkan Ke Wad Biasa





Tepoh, KUALA NERUS – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada, 3 Mac lalu, kini beransur pulih dan dipindahkan ke wad biasa.

Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan demikian kepada Buletinonline, selepas menghadiri Program Bersama Dua Anak Tok Guru Yang Dianjurkan oleh Pemuda PAS DUN Tepuh, disini, semalam.

”Dia (Tok Guru Nik Aziz) masuk hospital kerana letih…. Dan hari ini (semalam) dia masuk ke wad biasa,”katanya yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Nik Abduh berkata, dengan dimasukkan ke hospital, ayahnya dapat berehat.

”Biasanya, doktor suruh duduk lama, tapi ayah biasanya minta keluar awal, sehari dua lagi dia keluarlah,”jelas Nik Abduh apabila ditanya, bilakah ayahnya akan keluar dari hospital.

Program makan tengahari yang diadakan semalam turut menjemput Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi, anak kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua anak Tok Guru telah menyampaikan nasihat dan panduan dalam menempuh perjuangan, kepada para pemuda PAS dari kawasan ini.BO

Anwar akui PKR sedang hadapi masalah

MELAKA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.

Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam tadi.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.Imbang Penuh

Anwar berkata, semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. - Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....