Gambar hiasan
Firefly Airlines hari ini mengesahkan penerbangan FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Baharu, Kelantan pada 6.55 pagi tadi berpatah balik selepas mengalami kegagalan memasukkan semula gear pendaratannya.
Penerbangan itu yang berkongsi kod penerbangan dengan Malaysia Airlines
MH9948 selamat mendarat di lapangan terbang berkenaan pada 7.30 pagi
dan semua 64 penumpang serta empat kru berada dalam keadaan selamat,
kata syarikat tersebut dalam kenyataan, di Kuala Lumpur.
"Ini merupakan
pendaratan biasa, justeru tidak membabitkan pengerahan pasukan bomba dan
penyelamat lapangan terbang," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu penerbangan pesawat tersebut dijadualkan semula dan berlepas dari Pulau Pinang pada 8.50 pagi tadi serta selamat tiba di Kota Baharu sejam kemudian. – Bernama