Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 6 Ogos 2010
Umno, PAS ‘bersatu’ bidas Soi Lek
Penipuan Umno Terhadap Islam
Isu Perpaduan Melayu antara Umno dengan PAS seharuskan tidak timbul lagi kerana PAS telah memutuskan tetap bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
Perpaduan Melayu Umno-PAS sebenarnya tidak perlu disebut lagi kerana ia telah diputuskan dalam Muktamar Tahunan PAS tahun lalu serta dianggap selesai.
PAS tetap dengan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dan untuk menyatukan PAS dengan Umno. Umno perlu berubah. Perubahannya ialah mestilah mendasari kepada Islam.
Setakat ini, bukti yang Umno kembali kepada Islam tidak pernah wujud.
Umno terus-menerus melakukan pembohongan serta mempergunakan Islam demi kepentingan politiknya.
Sejak puluhan tahun Umno melakukan penipuan terhadap Islam dengan slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’.
Pembohongan (Umno) terhadap Islam terus menerus berlaku yang bermula dengan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ menipu rakyat selama lebih 20 tahun.
Diikuti dengan ‘Islam Hadhari’ menipu lebih dari lima tahun dan sekarang ini wujud satu gagasan baru (Satu Malaysia) untuk mengelirukan rakyat.
Sebelum ini, pemimpin Umno semua bertegang leher mengatakan Islam Hadhari itu baik, namun di mana Islam ‘Hadhari’ dan siapa lagi yang bercakap tentang Islam Hadhari kini.
Ia satu bukti yang jelas penipuan Umno terhadap Islam serta cuba mengelirukan rakyat bagi menyekat kemaraan PAS.
Dato’ Husin Awang
Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu
Terengganu; Negeri Kaya Yang Salah Diurus
KUALA NERUS - Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan pendapatan hasil daripada royalti minyak, namun tidak banyak pembangunan yang dilaksanakan kerana ia di 'salah urus'.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Terengganu telah melakukan pelbagai rasuah dan penyelewengan menyebabkan kurang pembangunan untuk rakyat.
"Kerajaan yang ada pada hari ini banyak sungguh benda buruk yang dia buat, bukan saya kata dia tak buat satu benda pun untuk rakyat, tapi (kalau) kerajaan lain daripada Umno/BN ni, banyak benda yang kita boleh lakukan, hari ini duit yang begitu banyak, dia buat habis belanja kepada benda lain,"jelasnya.
Menurutnya,negeri Terengganu ini sepatutnya negeri yang kaya kerana hasil royalti sebanyak 5% yang telah dirampas pada zaman pemerintahan PAS, kini diberi balik, walaupun masih tidak mengikut lunas undang-undang dan peraturan.
Namun begitu, katanya, walaupun duit yang dikembalikan begitu banyak, tidak nampak pembangunan yang dibuat oleh kerajaan hari ini untuk kepentingan rakyat.
Beliau menegaskan negeri Terengganu yang masih mempunyai bilangan orang miskin yang masih ramai, termasuk negeri yang nombor tiga miskin,
"Negeri Terengganu termasuk negeri yang nombor tiga miskin, negeri kita ni negeri yang kaya sebenarnya, duit yang banyak, tetapi salah urus,"katanya ketika berucap dalam majlis penerangan yang diadakan di Tanjung Bunut dekat sini, hari ini 5 Ogos
Menurutnya, kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar kini, Dato' Ahmad Said mesti di tolak kerana masing-masing berbalah dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
"Waktu kita kalah pada tahun 2004, Idris Jusoh jadi Menteri Besar, lepas 2008, Ahmad Said jadi Menteri Besar, orang Umno kata, dua-dua ni tak boleh 'pakai' belaka,
"orang-orang Ahmad Said kata, orang Idris Jusoh perintah secara jahat, buat habis kewangan, bila sampai kepada pemerintahan Ahmad said, orang Idris Jusoh pula berkata, Ahmad Said 'bodoh', tidak tahu mengurus negeri,
"kalau sama-sama dia sendiri dan kata yang ni jahat, yang ni bodoh, kita jangan pilih dua-dua, memang kena tolak belaka,"katanya.BO