Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 28 November 2012

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat


KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.

Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.

Padahal semua bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu menyalah beliau (Dr Mahathir) sebagai punca segala masalah yang melanda Umno sekarang.

"Najib gunakan RTM untuk menemubual Dr Mahathir yang diketahui umum akan menyalahkan Pak Lah seorang sahaja atas semua perkara buruk yang berlaku ke atas Umno dan pemerintahan negara yang diterajui Umno.

"Semua orang boleh agak, kalau temubual Dr Mahathir dia akan belasah mangsa kegemarannya iaitu Pak Lah dan Najib gunakan apa yang diketahui umum itu untuk cuba mengelakkan dirinya dari dipersalahkan atas pelbagai kemelut yang melanda negara ini kini," kata Mahfuz.

Beliau berkata, Najib amat silap jika beliau menyangka rakyat tidak sakit hati dengan kegagalannya memerintah negara ini.

"Kalau Pak Lah hanya tahu mengumumkan koridor demi koridor, Najib pula hanya tahu sebut perkataan transformasi dan selepas itu tidak tahu apa-apa untuk memanfaatkan rakyat.

"Transformasi hanyalah gelembong kosong tanpa isi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Malah, kata Mahfuz, Najib menjadi lebih buruk di sisi rakyat apabila dilihat gunakan RTM untuk tikam kawan.

"Seperti yang didedahkan oleh seorang bekas wartawan kanan Utusan, semua orang tahu agenda media ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang diketuai Najib.

"Sebab itulah Najib dilihat memberi laluan supaya RTM boleh digunakan untuk tikam kawan sendiri demi menyelamatkan imejnya," kata Mahfuz.

Oleh kerana dalam temubual itu Dr Mahathir menyatakan keyakinannya Umno akan menang besar jika tidak berlaku cah keting, Mahfuz menyifatkan Dr Mahathirlah contoh agung perbuatan cah keting dalam Umno.

"Politik tikam kawan yang menjadi amalan Dr Mahathir seperti yang ditunjukkan dalam temubual itu menjadikan beliau sebagai contoh agung dan model utama perbuatan cah keting yang akan jadi ikutan dan amalan ahli-ahli Umno terutama menjelang pilihan raya umum ini," kata beliau.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....