KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri
Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis
dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis
Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa
yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri
tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli
politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya
mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai
seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang
berpengaruh.
“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan
menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi
daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekarang... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.
Musa (gambar) kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada
Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis
mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan
tersebut.
“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO
(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik
kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?
“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”
Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)
tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan
tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik.
“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.
Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang
dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik
berpengaruh.