Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 13 Ogos 2010

"UMNO bagai gila talak" - Pemuda PR



Pemuda Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah mengadakan satu sidang akbhar di Komtar untuk memberi jaminan bahawa Bazaar Ramadan di Komtar sedang berjalan lancar. Mereka telah menyediakan lebih-kurang 70,000 keping risalah untuk menerangkan hal sebenar kepada warga Pulau Pinang.

Ketua Penerangan PAS, Zulkifli Ishak mengecam perbuatan Utusan dan UMNO sebagai mengapikan isu perkauman. Beliau berkata UMNO bagai gila talak.

Hantu Baham Zakat Dan Hantu PRU


Setiap kali pilihanraya akan timbulnya pengundi hantu. Tidak pernah ada peyelesaian. Walaupun ada penyelarasan antara SPR dan JPN tetapi sentiasa wujud pengundi hantu ini. Ia dirujuk sebagai mereka yang telah mati tetapi masih ada lagi nama di dalam senarai pengundi dan bahkan ada seseorang yang telah mengundi bagi pihak si mati.

Apabila pihak MAIDAM menyebut tentang JKKK yang menyeleweng dalam pengagihan zakat.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh JKKK, AJK Masjid dan Amil.

"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta. Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lalu. Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).

Apabila sebut saja JKKK, kalau di Terengganu semua tahu bahawa mereka adalah OKU (Orang Kuat Umno) di kampong-kampung yang melakukan pelbagai diskriminasi terhadap rakyat melayu sendiri. Pembahagian yang tidak adil dan berlakunya kezaliman adalah atas cadangan dan nasihat JKKK samada kepada wakil rakyat, Majlis Perbandaran ataupun Pejabat Daerah dalam pelbagai urusan.

Bakar gereja: Dua beradik dipenjara lima tahun

Adik-beradik Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim (kiri) dan Raja Muhammad Idzham ketika hadir mahkamah bulan lepas. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Dua adik-beradik, Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim dan Raja Muhammad Idzham masing-masing dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah membakar gereja Metro Tabernacle di sini awal tahun ini, ketika kontroversi berhubung penggunaan kalimah “Allah”.
Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah berkata mahkamah perlu menghantar mesej yang keras bahawa tindakan membakar rumah ibadat tidak boleh ditolak ansur sama sekali.
Katanya, individu yang melakukan serangan khianat ke atas rumah-rumah ibadat tidak wajar menerima belas kasihan.
“Oleh itu, kedua-dua anda dikenakan hukuman penjara lima tahun,” kata beliau.
Terdahulu beliau memutuskan kedua-dua mereka bersalah demikian selepas mendapati keterangan tertuduh bercanggah dan tidak konsisten.
“Pembela gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Saya mendapati kedua-dua tertuduh pertama dan kedua bersalah atas tuduhan ini,” kata Komathy.
“Jamuan barbeku adalah rekaan dan (idead) difikirkan kemudian,” kata Komathy merujuk kepada keterangan seorang guru bahawa kedua-dua tertuduh ada bersamanya pada malam kejadian dalam satu jamuan barbeku, malah dia sempat melihat anggota badan mereka terbakar.
Mohd Hamzan Zainal Abidin, 24, berkata ketika kejadian, Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Izham berada di rumahnya untuk menghadiri jamuan barbeku.
Keterangan bahawa Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham mengalami kecederaan ketika jamuan barbeku di rumah Hamzan hanya diketengahkan ketika mereka disoal siasat tiga hari lalu.
Saksi-saksi utama lain termasuk Dr Lim Chee Kean dari Hospital Kuala Lumpur yang merawat Raja Muhammad Faizal dan seorang anggota polis mengambil keterangan Hamzan tidak memaklumkan mengenai aspek jamuan barbeku.
“Saksi Hamzan melemahkan lagi kes pembela,” kata Komathy.
Hakim berkata Hamzan yang mendakwa sebagai rakan karib kedua-dua tertuduh tidak memaklumkan polis mengenai soal barbeku di rumahnya meskipun menyedari tuduhan terhadap mereka menerusi akhbar.
“Saya mendapati keterangan dia (Hamzan) tidak meyakinkan dan tidak boleh dipercayai,” kata beliau.
Pada 30 Julai lalu, Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham diarah membela diri berhubung tuduhan membakar gereja Metro Tabernacle.

Guan Eng timbang saman Utusan

Lim telah meminta peguamnya agar mengkaji laporan-laporan Utusan Malaysia yang berkenaan. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Lim Guan Eng memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kumpulan Utusan kerana mendakwa menyiarkan berita fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu mahu mengharamkan Bazar Ramadan di Komtar.
Sehubungan itu, Lim telah meminta peguam Karpal Singh mempertimbangkan tindakan saman ke atas Utusan Malaysia.
“Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah miminta peguamnya, Karpal Singh mempertimbangkan sama ada tindakan saman boleh diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah ke atas Ketua Menteri (kononnya) telah mengharamkan Bazaar Ramadan di Komtar.
“Peguam beliau akan mengkaji laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mulai 7 hingga 11 Ogos 2010, yang menyiarkan berita palsu menyemarakkan sentimen perkauman dengan menyatakan Ketua Menteri menindas peniaga Melayu dengan menghalang bazar ramadan,” kata Setiausaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.
Bazar Ramadan di Komtar terus dibenarkan, katanya.

Umno-BN Punyai Sejarah Panjang Hina, Aib Raja-Raja Melayu


Pemimpin Umno mempunyai sejarah panjang berhubung isu menghina dan mengaibkan Raja-raja Melayu sedangkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan baru dalam lanskap politik negara berpegang kepada prinsip mempertahankan Perlembagaan termasuk melindungi hak serta menghormati martabat raja-raja Melayu di negara ini.
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin(gambar) berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta KEADILAN memohon maaf kepada Sultan Johir berkaitan isu kain rentang provokatif, jelas menunjukkan Umno penuh dengan kepura-puraan dan kini cuba memperalatkan institusi Raja Melayu ketika parti itu semakin ditolak rakyat.
"Umno yang semakin tersepit dalam usaha meraih sokongan rakyat cuba mempengaruhi Raja-raja Melayu selepas tidak berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggangannya. Sebelum ini Umno juga cuba menggunakan beberapa individu yang didakwa sebagai ulama muda dan segelintir Mufti supaya mengikuti kehendak mereka.
"Bagi saya, kenyataan Muhyiddin dari awal lagi telah menghina Raja dan kita boleh senaraikan tindakan pemimpin Umno yang terdahulu yang telah menghina dan mengaibkan raja-raja Melayu," jelas Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Malahan kata Nizar lagi pemimpin Umno-BN harus dipersalahkan kerana disebabkan mereka, kuasa raja-raja Melayu hilang dan dirampas oleh Umno-BN dengan meminda Perlembagaan mengikut selera politik mereka.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....