Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 27 September 2009

Jadikan Kelantan contoh toleransi kaum-Tok Guru


kaum Cina di Kelantan begitu fasih bertutur dalam loghat Kelantan dan cara hidup mereka amat berbeza dengan kaum Cina di tempat lain.Contoh toleransi kaum paling berjaya di Malaysia.

Sebahagian orang ramai dari pelbagai kaum yang menyertai majlis Aidil Fitri anjuran wakil rakyat PAS Kota Bharu

KOTA BHARU, 27 Sept: Kejayaan PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun adalah kerana mendapat sokongan padu dari semua pihak termasuk masyarakat Tionghua, India dan Siam di negeri ini.
Ia juga terhasil dari perpaduan yang kukuh antara berbilang kaum dan sering berada semeja di antara rakyat menjadikan Kelantan sebagai model perpaduan kaum yang sejati.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap di majlis Hari Raya Aidil Fitri anjuran Ahli Parlimen Kota Bharu bertempat di Dewan Perniagaan Cina.

Majlis tersebut diadakan khas untuk meraikan masyarakat Kota Bahru dari pelbagai kaum iaitu kalangan Tionghua, India dan Siam.

Nik Aziz juga berkata semenjak beliau mengambil alih pucuk pentadbiran negeri ini, sudah banyak perubahan yang dilakukan dan ia melibatkan semua kaum seperti wujudnya skim Kifaalah untuk warga emas, skim Armalah untuk kaum ibu tunggal, perlantikan penghulu dan ahli majlis Kerajaan Tempatan dari kalangan Tionghua, Siam dan juga India.

Dengan melibatkan semua kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri, ia boleh membantu pihak kerajaan untuk menyampaikan pelbagai maklumat terus kepada masyarakat dan ini boleh menjauhkan prasangka dan iri hati dari semua kaum.

Menyentuh isu perarakan kepala lembu yang berlaku di negeri Selangor oleh pihak-pihak tertentu baru-baru ini, Nik Aziz melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada masyarakat India di Kelantan kerana tidak mengikut rentak yang berlaku di negeri lain.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada masyarakat India di Kelantan kerana masih dapat bersabar dan memahami suasana pentadbiran Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain dan ini adalah hasil persefahaman seluruh kaum di negeri ini dan di Kelantan, kita tidak pernah menimbulkan isu-isu sensitif menyentuh pelbagai agama lain,"ujar beliau.

Beliau juga berharap majlis aidilfitri seperti ini diperluaskan ke jajahan lain dalam menyatupadukan seluruh rakyat dan ini boleh dijadikan sebagai satu contoh bahawa Kelantan sememangnya mempunyai pelbagai kaum dan hidup dalam keadaan aman dan damai.

Ia dinikmati walaupun sebelum ini pelbagai rintangan timbul seperti isu pengharaman judi, penyekatan jualan arak dan lain-lain lagi.

"Kini apa yang kita lakukan pada awal pemerintahan di tahun 1990 dulu masih lagi dapat dikekalkan, judi kita haramkan terus penjualannya dan mendapat sambutan baik dari kaum lain, manakala penjualan arak pula kita hadkan premis jualannya juga tidak menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Islam,"katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu,Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika berucap meraikan kedatangan masyarakat kaum lain ke majlis tersebut berharap keharmonian kaum di Bandar Kota Bharu menjadi lambang perpaduan kukuh di antara kaum di negeri Kelantan.

"Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat di negeri luar daripada Kelantan agar sering mendamping rakan-rakan dalam PAS dan menyeru mereka menjadikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebagai contoh kepada penggerak perpaduan kaum,"katanya.

Seramai 600 orang dari pelbagai kaum hadir di majlis tersebut. Turut hadir di majlis Aidil Fitri Bersama Ahli Parlimen Kota Bharu ialah ketiga-tiga Adun di Parlimen Kota Bharu, Datuk Annuar Tan Abdullah (Kota Lama), Datuk Takiyuddin Hassan (Bunut Payong) dan Hajjah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas) wakil Dari DAP, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, wakil dari PKR, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani, wakil Konsul Thai di Kota Bharu dan Yang diPertua MPKB-BRI Ismail Mahmood. _harakahdaily

PRK Bagan Pinang: Pemuda PAKATAN palu gendang perang






Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang semakin terasa bahangnya.

Barisan Pemuda Pakatan Rakyat mengumumkan kesediaan menghadapi UMNO-Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Pimpinan kanan Pakatan Rakyat melancarkan jentera bersepadu sayap pemuda gagasan kerajaan alternatif itu di Bagan Pinang semalam dalam usaha merampas kerusi yang dikatakan kubu kuat Umno-BN.

Perasmian jentera Pemuda Pakatan ini dihadiri oleh ramai barisan pemuda dan penduduk Kampung Bagan Pinang.

Hadir pada majlis itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan Ketua DAPSY, Loke Siew Foke.

Bagi tetamu istimewa, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Syed Hussien Ali yang merasmikan pelancaran tersebut berkata, apa pun jua permasalahan di Bagan Pinang ianya perlu ditangani dengan bijak.

Beliau berkata demikian mengulas tentang undi pos yang difahamkan akan terus digunakan pada pilihanraya kecil Bagan Pinang.

" Sebaik-baiknya pengundian dilakukan macam biasa. Ada kotak misalnya ada tong di pintu pejabat atau di luar kem dan mereka keluar untuk mengundi. Mengapa tak boleh? Sama macam proses yang lain. Mereka tidak di Monggolia atau di perbatasan. Mereka sentiasa ada di kem itu, Mereka tidak ke mana-mana pun" ujarnya.

Sementara itu bagi Ustaz Nasaruddin pula, meski apa pun halangan yang bakal dihadapi oleh Pakatan di Bagan Pinang, jentera pemuda sudah bersedia.

Beliau tidak lupa memberikan nasihat kepada Pemuda supaya sentiasa bersedia mendengar arahan dan jangan sesekali melakukan perkara negatif yang memungkinkan harapan parti itu terkubur.

" Biarpun kita diganggu dan diancam dengan undi pos di Bagan Pinang ini. Saya yakin kita masih mempunyai peluang yang cerah di DUN Bagan Pinang ini asal sahaja kita mempunyai komitmen yang tinggi, bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita".

Bagi Siew Foke pula, UMNO-BN katanya semakin hilang sengat. Bagi DAP, gagasan parti-parti perkauman itu dalam keadaan tertekan dan terdesak memenangi Bagan Pinang.

" Kita nampak UMNO sudah ketandusan isu. Sudah bankrap idea. Tidak ada idea baru. Tidak ada cara baru untuk mendekati hati rakyat. Tidak ada cara untuk menangkan pilihanraya. Todak ada cara untuk berkempen. Balik-balik cara yang lama" ujarnya kepada sidang hadirin.

Malah Siew Foke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, taktik UMNO-BN yang sering menyogok rakyat dengan pembangunan tidak akan berhasil di Negeri Sembilan.

Pembangunan apa lagi yang diharapkan oleh rakyat Negeri Sembilan sekiranya insfrastruktur yang sudah sedia ada juga telah lama terbengkalai.

" Kita sudah nampak masa kita masuk Kampung Bagan Pinang tadi. Sudah mula lah. Hari Sabtu pun sudah ada kerja sekarang. Kontraktor kelas F semua gembiralah. Musim perayaan untuk mereka sekarang ini. Banyak projek dapat" tambahnya lagi.

Manakala bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar, Bagan Pinang bukan hanya satu laluan yang sukar kepada kepimpinan Umno malah mereka turut menghadapi krisis untuk memulakan pertarungan sengit ini.

Beliau berkata demikian kerana parti itu ujarnya dalam dilema untuk menentukan siapa calon mereka nanti.

" UMNO sekarang ini mengalami satu sindrom takut nak jadi calon. Berapa banyak calon-calon UMNO hilang pekerjaan. Formula Manek Urai, terbarai. Dulu pengarah sekarang penganggur. Problem. Kawan saya di Permatang Pasir, tak apalah dia lawyer tapi susah juga nak jawab bini nombor dua. Kalau tak jadi calon tak apa. Sudah jadi calon keluar semua. Kalah pula tu".

Sebelum ini heboh diperkatakan UMNO akan meletakkan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon mereka di Bagan Pinang.

Malah menurut Shamsul lagi, mungkin ada benarnya meletakkan Isa Samad kerana beliau sememangnya sudah kaya dan tidak risau sekiranya kehilangan pekerjaan.

Namun begitu katanya, UMNO-Barisan Nasional meletakkan diri mereka dalam zon merbahaya kerana Isa Samad cukup sinonim dengan kes rasuah.TVA

Tok Guru desak Ibrahim Ali letak jawatan


Kenyataan angkuh Ibrahim Ali


Ibrahim Ali di hari Penamaan Calon Parlimen Pasir Mas pada PRU ke 12 yang lalu

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut.

“Saya minta dia keluar...yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.

Sebelum ini, menjawab cabaran Nik Aziz, Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Pasir Mas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Mas kecuali jika diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua UMNO Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam UMNO seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat

Ketika ditemui di kediamannya semalam, Menteri Besar Kelantan itu berkata, dalam keadaan kini, tiada guna Ibrahim mengekalkan jawatan itu jika masyarakat memandang lekeh kepada beliau.

“Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,” katanya.

Selain itu katanya, beliau tidak peduli sekiranya Ibrahim kembali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon bebas dan Pas akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya tersebut.

Terdahulu, Nik Aziz berkata, beliau tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil. sinarharian

PRK Bagan Pinang | Muhammad Sabu beri amaran pada Menteri Pertahanan





- Tindakan Zahid Mengheret Tentera Ke kancah Politik Tidak Menguntungkan Negara
BAGAN PINANG – Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.

Institusi tersebut dihormati kerana masih tidak terlibat dengan sbarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Namun begitu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu memberi amaran kepada Dato’ Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan mengheret angkatan tentera Malaysia ke kancah politik.

”Tetapi kita nampak sekarang institusi ketenteraan cuba diheret ke dalam politik sekarang oleh Menteri Zahid Hamidi, cukup jahat Menteri ini,

”saya beri amaran, kalau apa-apa berlaku di Malaysia, Zahid Hamidi bertanggungjawab,”katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan pra pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang di Kampung Sirusa, disini semalam 26 September.

Menurutnya, Zahid Hamidi telah menggunakan tiga helikopter tentera ketika merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Jasin.

”Baru ni dia pergi rasmi (mesyuarat)UMNO (Bahagian) Jasin, dia (Zahid) guna tiga helikopter tentera, itu program UMNO (bukan program kerajaan atau tentera),

”Apakah Zahid Hamidi nak bawa tentera seperti berlaku di zaman Suharto,”soalnya.

Katanya, Suharto telah menggunakan tentera untuk mengawal dan memaksa rakyat supaya mengundi parti Golkar.

Mukaddimah kepada perbuatan ’ala’ Suharto, kata Mohamad, telah dilakukan oleh Zahid dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan Permatang Pasir yang lalu.

”Mukaddimahnya, Zahid Hamidi dah mula buat, iaitu dia turun(kan) pasukan kebajikan tentera di Manek Urai, dituruti kemudiannya di Permatang Pasir,”tegasnya.

Beliau (Mohamad Sabu) mempersoalkan, mengapa Zahid mengarahkan tentera untuk membuat kerja-kerja kebajikan dalam masa pilihanraya.

”kalau nak turun pasukan, nak bina rumah, nak gali parit, nak gali jambatan, kenapa tidak di (buat) masa luar pilihanraya?,

”(sebagai contoh) masa sekarang, pilihanraya tidak ada di Jelebu, pergilah buat sana, di Gerik ramai orang miskin, rumah tak siap, (sepatutnya) kebajikan angkatan tentera Zahid bawa ke sana!,”katanya.

Katanya, Zahid cuba untuk mencampuradukkan tentera dalam arena pertarungan politik
memberi ingatan kepada sesiapa sahaja perisik tentera

Sekaligus, beliau turut membuat gesaan tersebuka supaya prisik tentera yang hadir dalam Majlis ceramahnya, memberitahu para Jeneral, tindakan Zahid itu tidak mengutungkan negara.

”Perisik tentera yang hadir pada malam ini (beri) ingat kepada Jeneral-jeneral, apa yang dibuat oleh Zahid itu tidak menguntungkan negara (ada masa hadapan),”katanya.

Ceramah yang diadakan sempena perasmian dan pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....